ARTIKEL

Mengamuk kerana tidak diberikan duit, remaja 15 tahun diperintahkan ke Sekolah Hendry Gurney

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seorang remaja lelaki diperintahkan ke Sekolah Hendry Gurney selama tiga tahun oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah memecahkan harta benda milik bapanya kerana mengamuk tidak diberikan wang yang diminta.

Mason Jaro Lenya Barayan memerintahkan pesalah kanak-kanak berusia 15 tahun itu sebaik sahaja pendengaran laporan akhlak oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat hari ini.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa di bawah Seksyen 426 Kanun Keseksaan kerana melakukan kemungkaran harta benda milik bapanya yang berusia 52 tahun di kediaman mereka di Green Road, kira-kira jam 10.30 malam, 25 Oktober lalu.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Menurut fakta kes, ketika kejadian, anak pengadu telah mengamuk dengan memecahkan barang pintu utama rumah menggunakan sebatang besi, dan memecahkan cermin kereta jenis sedan menggunakan pisau pemotong daging.

Pengadu yang tidak dapat mengawal kemarahan anaknya tampil membuat laporan polis untuk tindakan dan siasatan lanjut seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh pada 27 Oktober lalu.

Difahamkan, tertuduh mengaku melakukan kesalahan tersebut kerana tidak diberikan wang yang diminta untuk membeli makanan kerana dia berasa lapar.

Selain itu, difahamkan juga, semasa siasatan saringan air kencing tertuduh turut didapati positif dadah.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala kanak-kanak terbabit tidak diwakili peguam.

LAIN-LAIN BERITA

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta

Kebakaran belukar di Lawas terkawal

LAWAS: Kebakaran belukar dilaporkan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah baharu di Jalan Bating di sini pada pukul 9 pagi tadi. Seramai 12 anggota dari

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta