ARTIKEL

Mengarak pengantin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

HUJUNG minggu lepas, saya sempat pengilan orang kahwin di Kampung Sambir, Samarahan.

Sebuah kampung yang sudah 10 tahun tidak saya kunjungi.

Saya dan keluarga terpaksa datang pada pagi Sabtu, sebab pada pagi Ahad perlu untuk menghadiri majlis perkahwinan anak kepada adik bapa saya pula di Kuching.

Kami bergerak pada jam 8.00 pagi, dan tiba di rumah pengantin perempuan sekitar jam 10.30 pagi.

Perjalanan agak lama disebabkan Samarahan Expressway dari Kuching ke Samarahan sesak, disebabkan kerja-kerja pembinaan jalan raya.

Sesampai di Kampung Sambir, saya mencari-cari kedai kopi berdekatan jambatan di kampung berkenaan.

Sudah tiada lagi kedai kopi yang saya biasa lihat penuh dengan penduduk kampung yang sedang menghidup kopi panas selepas ke kebun. “Dah tutup kedai ya,” jelas ibu saya.

Sambung ibu lagi,

“Orang pun kedai ya dah sik sihat. Gik pun sik da orang yang nyambung ngurus kedai ya.”

Jadi, tidak sempat untuk saya menghirup segelas kopi panas di kedai itu.

Ketika melalui rumah pengantin untuk mencari ruang di tepi jalan untuk meletak kereta, saya sempat melihat banyak penduduk kampung berada di bawah satu khemah yang berwarna hijau. “

Awal juak orang datang makan.” Kata saya dalam hati.

Saya hairan kerana sepatutnya orang akan ramai datang keesokannya, iaitu pada hari persandingan.

Hari Sabtu untuk membuat persiapan, dan pada sebelah petangnya akan diadakan majlis akad nikah.

Ketika berjalan kaki menuju ke rumah pengantin, saya dapat lihat banyak penduduk kampung berbaju merah.

Mereka sedondon mengenakan pakaian biasa.

Ruparupanya mereka ialah penduduk kampung yang menganggotai sebuah kelab di kampung berkenaan.

Saya kira mungkin hampir 50 orang berada di bawah satu khemah sambil mengupas kulit bawang putih, merah dan bawang besar.

Ada yang memotong cili, selain mengupas kulit nanas dan kemudian dipotong kecil-kecil untuk dimasak di luar rumah penduduk berdepan dengan rumah pengantin.

Semua mereka datang seawal pagi lagi untuk membantu ibu pengantin perempuan membuat persiapan terutama masakan untuk jamuan tetamu yang akan hadir.

Dilihat di sekeliling, saya anggarkan mungkin hampir 100 orang datang membantu.

Kehadiran kami disambut oleh Penghulu Jalek, yang sudah belasan tahun saya kenali.

Saya mula-mula mengenalinya di kedai kopi Haji Mat di Kubah Ria yang lama.

“Alhamdulillah datang juak kitak,” sapa Penghulu Jalek.

Seperti sudah lama tidak berjumpa, beliau memeluk erat saya termasuk bapa saya.

Ibu pengantin perempuan yang pernah membimbing dua anak saya mengaji dan suaminya mesra menyambut kehadiran kami.

Belum pun duduk, kami sudah dipelawa untuk minum air kopi dan sedikit kuih-muih yang disediakan di khemah khas.

ARAKAN

Mungkin anda tidak pernah mendengar perkataan “arakan”

Saya pun pertama kali mendengar perkataan ini. Itu pun daripada Penghulu Jalek.

“Tauk kitak nama tuk?”

Belum menjawab, beliau menerangkan, “Tuk namanya arakan untuk mengarak pengantin.”

Saya rasakan arakan ialah kependekan daripada perkataan perarakan.

Teringat saya dengan tandu yang dibina oleh Mang Toren, adik kepada bapa saya yang serupa dengan arakan yang dibina penduduk Kampung Sambir.

Pada usia 12 tahun, saya dan adik perempuan saya diarak menggunakan tandu itu di sekeliling Kampung Semera menuju rumah pengantin — keluarga bapa saya.

Kami dua beradik diarak sebagai salah satu acara sebelum majlis khatam al-Quran.

Seronok diarak sedemikian sebagai penghargaan dan kesyukuran berjaya menamatkan bacaan 30 juzuk alQuran.

Di Sambir, arakan dibina oleh penduduk lelaki diketuai oleh seorang yang memang pakar dalam membuat arakan.

Saya sempat lihat mereka membuat arakan menggunakan buluh serta sebuah kerusi kayu —tempat duduk pengantin.

Tidak menggunakan paku, sebaliknya keseluruhan proses membuat arakan menggunakan tali nilon.

Hanya dalam setengah jam, sudah nampak bentuk arakan yang dibina.

Seperti sebuah perahu, yang di tengah-tengahnya adalah sebuah kerusi.

Setelah siap, ia seperti seekor burung.

Ada dua buluh panjang — mungkin 10 kaki panjang digunakan sebagai asas arakan ini.

Saya rasakan akan diangkat dan diusung oleh sekitar 10 penduduk kampung pada majlis persandingan keesokan hari — ketika berlangsungnya majlis persandingan.

Daripada pertanyaan saya kepada penduduk kampung, sebenarnya sudah lama arakan tidak muncul dalam mana-mana majlis perkahwinan di kampung berkenaan.

Kali ini jelas seorang penduduk, “Pak cik kepada pengantin perempuan mahukan arakan dibina untuk memeriahkan lagi majlis perkahwinan anak saudaranya.

Dia mahu mengembalikan nostalgia penggunaan arakan dalam majlis perkahwinan di kampung kami ini”.

Sekitar dua jam di Kampung Sambir, saya dapat lihat suasana mengurus majlis perkahwinan di kampung ini memang berbeza dengan di bandar ataupun di kampung-kampung lain.

Sangat meriah! Jarang kita melihat kemeriahan majlis pekahwinan seperti di Kampung Sambir.

Masing-masing penduduk seolah-olah tahu akan tugas masing-masing.

Tidak perlu menunggu arahan daripada sesiapa pun. Ketika rumah pengantin kurang kipas angin, saya perhatikan tiga anak muda terus ke surau, dan kembali membawa lima kipas angin berdiri.

Seorang menunggang motosikal yang disambung dengan kereta sorong empat tayar.

Dua lagi remaja memegang kipas angin yang diletakkan di atas kereta sorong tadi yang biasa digunakan di kampung untuk mengangkut hasil kebun atau hasil laut.

Sementara rakan saya yang sudah 15 tahun tidak berjumpa, Kimi berkali-kali mengumumkan atur cara majlis perkahwinan selama dua hari itu.

Kimi yang menjadi pengacara majlis kekal memegang mikrofon sambil menghiburkan penduduk kampung yang datang membantu.

“Oooo Kak Timah, udah kitak masak tek. Dah boleh makan ka?” Tanyanya kepada Kak Timah.

“Atiati kitak sidak make baju merah ya, jangan bena gilak motong nanas ya, ilang jari kelak,” selorohnya dengan penduduk lain pula. Inilah suasana yang sebenarnya harus dihidupkan dalam majlis perkahwinan sama ada di kampung atau bandar.

Jarang-jarang melihat suasana ini. Nampak jelas ia dapat memupuk kerjasama penduduk. Lebih penting merapatkan silaturahim penduduk termasuk anak cucu yang datang dari Kuching.

LAIN-LAIN BERITA

Kisah Prabowo panglima terbuang

BERDASARKAN hitung pantas, Prabowo Subianto sudah hampir pasti akan mengangkat sumpah sebagai Presiden Republik Indonesia ketujuh pada Oktober depan. Kiraan pantas dan tidak rasmi tersebut

Selidik pemungut derma

MENURUT pprm.dbp.gov. my derma ialah pemberian yang ikhlas berupa wang dan lain-lain kepada orang miskin; dan juga bantuan wang kapada kumpulan (yayasan dan lain-lain). Mudah

Kematian semakin dekat

KEMATIAN, sebagai satusatunya kepastian dalam kehidupan manusia, menghantui fikiran manusia sejak awal zaman.  Kehidupan pasti diakhiri dengan kematian sebagaimana firman Allah SWT dalam al-Quran surah

Presiden kelapan bulan sepuluh

KIRAAN cepat (quick count) sejumlah badan bebas berkaitan Pemilihan Presiden (Pilpres) Indonesia 2024 pada Sabtu, 17 Februari, menunjukkan pasangan PrabowoGibran unggul teratas. Mereka meraih 58.48

Bahaya bah betina

SEKALI air bah, sekali pantai berubah. Sekali banjir melanda, air masuk rumah, keseluruhan isi di dalam rumah berubah. Banjir suatu fenomena alam yang sentiasa melanda

Kenapa perlu belanja lebih?

KETIKA melayari media sosial seperti Facebook, hampir setiap rakan alam maya atau netizen berkongsi mengenai bebanan hidup yang dialami disebabkan kenaikan harga barangan keperluan. Kos

BERITA TERBARU

Kebajikan golongan OKU terus diperjuangkan

MIRI: Kebajikan serta sokongan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) akan terus diperjuangkan bagi memastikan mereka mempunyai peluang dan hak yang sama rata dalam kalangan