ARTIKEL

Mengenang Tun Taib Bapa Pemodenan dan Pembangunan Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud tokoh Sarawak disegani yang membawa pelbagai perubahan kepada masyarakat pelbagai kaum dan agama di Bumi Kenyalang ini. 

Mempelopori bidang politik serta menjadi Ketua Menteri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib menekankan pentingnya politik pembangunan berpaksikan kesaksamaan. 

Berucap di DUN pada 1991, Tun Taib pernah berkata, kerajaan pimpinan beliau mempunyai tanggungjawab memerangi isu perkauman yang dianggap seakan-akan barah.

Dalam ucapan Tun Taib menyempurnakan Regatta Baram pada 2011, beliau menyeru masyarakat terus bekerjasama tanpa mengira latar belakang agama atau bangsa, demi menikmati faedah pembangunan ketiks Sarawak mula bergerak ke arah kemajuan ekonomi. 

Mantan Yang Dipertua Negeri Sarawak ini, lahir dalam keluarga bangsawan pada 21 Mei 1936 di bandar Miri, Sarawak. 

Di bidang akademik, beliau mendapat biasiswa Colombo Plan untuk menyambung pengajian dalam bidang undang-undang di Universiti Adelaide Australia. 

Tun Taib menolak tawaran kerja menjadi hakim, dan sekembalinya beliau ke tanah air beliau negeri berkhidmat sebagai pendakwa raya. 

Baca lain  Ambil peluang lanjut pelajaran ke peringkat profesional teknikal

Tun Taib melakar sejarah dalam dunia politik Sarawak sebagai tokoh termuda mengangkat sumpah sebagai menteri pada 22 Julai 1963. 

Tun Taib dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak keempat, pada 16 Mac 1981.

Hasil visi beliau, kadar kemiskinan di Sarawak berjaya dikurangkan daripada kadar 70 peratus kepada serendah satu digit sahaja. 

Di bawah kepemimpinan Tun Taib, Sarawak mengalami perubahan dari aspek politik, ekonomi dan sosial. 

Pernah menjadi Menteri Persekutuan, Tun Taib mampu menjalin perhubungan yang baik dengan Kerajaan Pusat sehingga beliau mudah meraih sokongan dan tenaga untuk membangunkan prasarana di Sarawak.

Tun Taib yang menitik berat kepentingan pendidikan berusaha membawa masuk penubuhan cawangan universiti Barat dan Australia di Sarawak.

Sepanjang pemerintahan, beliau mengimbangi antara kawasan bandar dengan luar bandar.

Beliau turut menyokong perancangan bandar, perancangan sumber asli, perladangan skala besar dan pembangunan tanah adat (NCR). 

Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui (SCORE) yang diperkenalkan pada 2008 bertujuan mempelbagaikan ekonomi masa hadapan Sarawak.

(Diringkaskan daripada edisi UKAS)

BERITA LAIN

Bacaan IPU Sarawak baik, sederhana

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Sarawak menunjukkan bacaan baik dan sederhana serta tiada bacaan tidak sihat direkodkan susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi

ADUN Repok lawat dua pesakit warga emas

SARIKEI: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii melawat dua warga emas yang terlantar sakit di kediaman mereka, pada Khamis.

Pesta Beras Adan 2024 di Ba’Kelalan

LAWAS: Ba’Kelalan mempunyai potensi besar untuk dipasarkan dan dipromosikan sebagai destinasi pelancongan ekologi. Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal berkata demikian susulan pelbagai

BERITA TERBARU

Kenangan raya terkurung, terkejut

JIKA ditanya mengenai tempoh paling menyeronokkan menyambut Hari Raya Aidilfitri, sudah pasti kebanyakan kita akan memilih zaman kanak-kanak. Apa tidaknya, ketika itu kita tidak perlu