ARTIKEL

Meninggal dunia di rumah: Pengurusan Jenazah Dalam Tempoh Wabak dan Pematuhan Hukum Syarak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kematian di rumah hendaklah terlebih dahulu mendapat pengesahan Pegawai Perubatan/ Penolong Pegawai Perubatan dan sebagai mana biasa dilapor kepada polis, sebelum jenazah diurus.

Majlis Islam Sarawak, Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) dan Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching dalam kenyataan bersama hari ini, menyatakan ketetapan itu harus dipatuhi dalam keadaan semasa krisis wabak Covid-19.

Katanya jenazah juga boleh diurus di rumah mengguna pakai kaedah iaitu sapu dengan kapas yang bercampur cecair peluntur seperti Clorox di permukaan lubang hidung, telinga, mulut, mata, kemaluan depan dan belakang.

Jenazah kemudian dijirus dengan air sabun yang dicampur Clorox dengan nisbah 9:1 (9 air sabun nisbah 1 Clorox).

Selepas itu dijirus dengan air bersih dan dijirus dengan air kapur barus yang dicampur Clorox dengan nisbah 9:1 (9 air kapur barus dengan nisbah 1 Clorox), kemudian jenazah dilapkan, dikafankan, disolatkan dan dikebumikan.

“Ini bagi keadaan meninggal dunia biasa dan meninggal dunia dengan mempunyai gejala batuk, demam dan lain-lain tetapi tidak dikategorikan sebagai kes dalam siasatan Covid-19,” katanya.

Manakala bagi kematian dalam tempoh 14 hari semasa menjalani arahan kuarantin di rumah, hendaklah dilapor ke Pejabat Kesihatan Bahagian untuk pengesahan status jenazah dan jenazah hendaklah dibawa ke hospital terdekat untuk diurus mengikut cara yang ditentukan oleh Jabatan/ Unit Perubatan Forensik.

Sementara jika meninggal dunia di hospital, jenazah akan diurus sebagai mana cara yang akan ditentukan oleh Jabatan / Unit Perubatan Forensik.

Justeru, bila berlaku kematian, ahli keluarga perlu mengelak daripada menyentuh mayat sama ada memeluk, mencium dan sebagainya.

Solat jenazah juga harus dipastikan tidak terlalu ramai orang dan mengambil kira penjarakkan sosial bagi mengelak sebarang risiko jangkitan, selain hanya ahli keluarga yang perlu hadir untuk pengebumian, dibaca doa ringkas dan dikehendaki segera meninggalkan tanah perkuburan sebaik sahaja urusan pengebumian selesai.

Jenazah juga hendaklah diurus dengan sesegera mungkin tanpa ditangguh seperti menunggu kepulangan saudara mara yang jauh.

Masyarakat Islam hendaklah melaporkan kepada PKB jika berlaku kematian yang disyaki ada gejala Covid-19 untuk menentukan kaedah pengurusan jenazah bagi memastikan keselamatan kepada mereka yang terlibat dalam pengendalian dan pengurusan jenazah.

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha