ARTIKEL

Menjolok sarang tebuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SATU daripada perkara yang mudah mengundang perhatian rakyat pelbagai kaum di negara ini ialah isu kaum dan agama, terutama di Semenanjung. 

Untuk sekian lama isu ini begitu mudah membakar sentimen kaum Melayu di Semenanjung.

Itulah sebabnya isu ini sering dieksploitasikan menjelang pilihan raya, termasuk menjelang pilihan raya di enam negeri baru-baru ini.

Pemimpin politik terutama PAS menjadikan isu ini sebagai bahan utama kempen mereka.  

Memandangkan isu ini begitu sensitif dan dekat di hati, maka ia mudah mendapat perhatian, dan begitu mudah pula membangkitkan emosi.

Ini ialah jalan singkat untuk memancing undi dan mendapat sokongan. 

Bagi saya, pemimpin yang memanipulasikan isu agama dan kaum ketika berkempen merupakan pemimpin yang berfikiran singkat dan hanya mementingkan diri dan parti semat-mata. 

Mereka tidak mempedulikan kesan jangka panjang kepada masyarakat, rakyat dan negara.

Yang penting, mereka mendapat undi dan memenangi pilihan raya. Memainkan sentimen kaum dan agama merupakan strategi dan taktik lapuk dan amat berbahaya.

Tindakan sedemikian hanya akan mewujudkan ketegangan hubungan kaum, malah dapat merosakkan perpaduan kaum. 

Persoalannya, tidakkah mereka ini terfikir akan kesannya kepada rakyat? 

Adakah mereka hanya memikirkan soal kuasa dan menang pilihan raya semata-mata?

Tidakkah mereka ini memikirkan perasaan kaum lain? 

Memainkan isu kaum dan agama tidak membantu untuk mewujudkan keadaan politik yang stabil dan harmoni.

Strategi ini hanya akan mencetuskan dan menyemarakkan kembali kesangsian dan konflik dalam kalangan rakyat. 

Di Semenanjung, perkara ini bukan baharu.

Persaingan sengit antara UMNO-PAS sejak berdekad-dekad, telah menyaksikan kedua-dua parti terbabit berusaha untuk lebih Melayu dan Islam daripada parti lain. 

Memandangkan peratusan orang Melayu melebihi 65 peratus di Semenanjung, maka amat penting bagi mereka untuk memastikan undi Melayu dimenangi.

Mana-mana pihak yang hendak memerintah di peringkat negeri di Semenanjung atau negara ini, perlu menguasai undi Melayu. 

Persaingan sengit antara UMNO dengan PAS pada suatu waktu dahulu menyebabkan kita menyaksikan fenomena kafir mengkafir berlaku.

PAS menyifatkan mereka yang tidak menyokong parti itu itu sebagai kafir, malah tidak akan masuk syurga.

Hakikatnya, PAS menggunakan agama untuk mendapatkan kuasa. Sedangkan, sebenarnya, PAS hanya parti politik yang menunggangkan agama Islam untuk memastikan kemenangan.

Itulah sebabnya pernah berlaku sembahyang dua imam, penyokong dan ahli PAS tidak makan haiwan sembelihan orang UMNO, dan banyak lagi perlakuan lain yang memalukan agama. 

Bukan hak PAS untuk menentukan seseorang itu masuk syurga atau masuk neraka.

Itu urusan Allah semata-mata. Pemimpin politik sepatutnya menjadi suri teladan, memberi contoh yang terbaik kepada rakyat.

Kalaulah pemimpin politik terusterusan dan asyik menggunakan agama dan kaum untuk menentukan kelangsungan politik, mereka sebenarnya hanya mengundang padah. 

Mereka sedang bermain api yang akhirnya bukan sahaja akan membakar dirinya, tetapi membakar negara ini.

Pemimpin politik perlu lebih bertanggungjawab dan berpegang kepada etika, termasuk ketika berbahas di Dewan Rakyat. 

Itulah sebabnya saya menyokong langkah Speaker yang mencadangkan untuk menaikkan denda maksimum sehingga 10 kali ganda terhadap wakil rakyat yang menyalahi peraturan parlimen, termasuk yang berlagak samseng.

Ya, menaikkan kadar denda sehingga RM10,000 memang munasabah.

Kadar denda yang dicadangkan itu tidak akan membebankan ahli parlimen yang menerima elaun mencecah RM25,000 sebulan. 

Mereka sepatutnya sama-sama memainkan peranan untuk memantapkan kesepaduan sosial dan perpaduan negara, serta integrasi nasional. 

Risikonya amat besar terhadap keharmonian dan keamanan negara.

Hubungan antara kaum dan agama perlu dipelihara dan dijaga. 

Kita tentu tidak mahu hubungan etnik di negara ini rosak dan tegang, serta politik negara menjadi tidak stabil hanya kerana permainan politik segelintir pemimpin politik yang mempunyai pemikiran singkat dan dangkal.

Keadaannya menjadi lebih teruk apabila dengan mudah sentimen sedemikian disemarakkan dan diapi-apikan melalui media sosial. 

Emosi netizen mudah dikocakkan oleh sentimen kaum dan agama walaupun ternyata hujah dan naratif mereka begitu dangkal dan tiada asas. 

Justeru, penting untuk warga maya terutama golongan muda supaya tidak mudah terjebak dalam jaring naratif dangkal itu. 

Mereka dituntut supaya bersikap bijak, rasional dan objektif, dan bukannya bersikap emosional.

Segala komen dan kenyataan yang dibuat perlu berpaksikan hujah dan data, dengan memikirkan kesannya terhadap pembaca.

Jangan sekadar hendak melepaskan geram tanpa memikirkan risikonya, apatah lagi akta tertentu sentiasa menunggu untuk menjaring mereka.

Kita tentu tidak perlukan pemimpin politik sedemikian untuk memastikan mereka tidak melakukan kerosakan terhadap negara ini.

Tiada tempat untuk pemimpin politik yang ekstremis, mengamalkan politik perkauman dan jumud.

Rakyat perlu menolak pemimpin tidak bertanggungjawab ini.

 Kita mendambakan pemimpin politik yang bukan sahaja adil dan mengutamakan kepentingan semua kaum dan agama di negara ini, tetapi juga pemimpin yang progresif, dinamik dan berpandangan jauh.

Ya, demi memastikan negara kita terus stabil sosiopolitiknya, sekali gus melonjakkan imej dan reputasi negara di mata dunia.

Kita perlu lebih matang berpolitik dengan tidak memainkan isu agama dan kaum.

Demokrasi matang ditandai oleh pemimpin politik yang matang.

Kepentingan rakyat dan negara, termasuk dari segi hubungan etnik yang harmoni perlu diberi keutamaan.

Hanya dengan adanya kestabilan sosiopolitik, barulah kita dapat menjamin pembangunan dan kesejahteraan rakyat dapat diwujudkan.

• Dato Dr Jeniri Amir ialah penganalisis politik dan Felow Kanan Majlis Profesor Negara.

 

BERITA LAIN

Kita saling mengingati

PADA minggu depan minggu terakhir 20 pelatih universiti akan menamatkan latihan industri di organisasi kami. Sesungguhnya kami berbangga kerana menjadi pilihan universiti meletakkan pelajar mereka

Affandi Tahir, rakam sejarah melalui pita

BELIAU bukan seorang penyanyi. Beliau juga bukan seorang pelakon. Tetapi namanya cukup popular suatu ketika dahulu. Bukan hanya kerana ketampanannya, tetapi kerana beliau penyiar radio

Telus, sahih dan tepat

SEBELUM ada komputer dan telefon bimbit canggih seperti hari ini, wartawan bergantung kepada komputer di pejabat untuk menulis berita. Dan biasanya wartawan hanya akan berada

Ketagih subsidi

ISU berkaitan subsidi kembali hangat diperkatakan. Adakah pemberian subsidi sesuatu yang harus terus diamalkan ketika beban hutang negara semakin membengkak? Bagaimanakah reaksi rakyat apabila subsidi

Tragedi dunia maya Si Kucing Gendut

FAT Cat, 21, atau nama sebenarnya Liu Jie, selebriti dunia gamer – permainan popular Honour of Kings – namanya tiba-tiba melonjak di dunia maya khususnya

Zaman makin canggih, adab makin mundur

KETIKA masih kanak-kanak atau zaman sekolah sekitar tahun 90-an atau awal 2000, kita amat menghormati orang lebih tua terutama ibu bapa. Ini kerana kebanyakan kita

BERITA TERBARU

Britain adakan pilihan raya umum 4 Julai ini

LONDON: Britain bakal mengadakan pilihan raya umum negara itu pada 4 Julai, kata Perdana Menteri Rishi Sunak. “Awal hari ini, saya menghadap Raja (Raja Charles

Fatin Afeefa undur diri

»FATIN AFEEFA lama tidak memunculkan diri dalam dunia hiburan ternyata nekad untuk mengundurkan diri kerana mentaati permintaan suaminya, Aliff Awang. Memetik media tempatan, Fatin mengambil

KUKUH HUBUNGAN NEGARA KOMANWEL

HARI KOMANWEL disambut bagi meraikan jalinan dan ikatan persahabatan serta sumbangan Komanwel ke arah keamanan dan keharmonian sejagat. Tahun ini, sambutan Hari Komanwel bertemakan One