Trending

Menjual pelbagai jenis kek

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

“Bukan itu saja, dia juga banyak memberi pendapat berkaitan hasil tangan saya sehingga saya berani melangkah ke alam perniagaan seperti sekarang,” jelasnya.

Dia juga berkongsi bahawa sebanyak lebih tiga kali percubaan menghasilkan kek yang menepati cita rasa ramai.

“Sehingga kini, saya akan menyediakan ‘tester’ untuk keluarga sebelum menjualnya kepada orang lain.

“Dalam sehari, saya mampu menyediakan dua jenis kek, lebih kurang 10 hingga 20 bekas selepas bekerja.

“Saya mempunyai kerja hakiki yang lain, dan saya membuat perniagaan ini sebagai pendapatan sampingan,” ujarnya.

Dia juga menjual pelbagai jenis kek seperti kek lapis, kek lumut, kek belacan, kek keju leleh dan sebagainya.

Di samping itu, Jumayati hanya menjual dari rumah dan melakukan perkhidmatan penghantaran kepada pelanggan.

“Pada masa sama, saya juga meletakkan kek ini di vendor D’Sarang kerana hanya kadang-kadang menyediakan perkhidmatan penghantaran,” katanya lagi.

Dedahnya, dia pernah berasa sedih kerana jualannya sebagainya. tidak mencapai sasaran, namun dia tidak berputus asa dan mencari solusi bagi menarik semula pelanggannya.

Dari situ juga, dia memperbanyak produk jualan termasuk donut sejuk beku.

Justeru, dia berharap jualannya dikenali ramai dan berkembang maju walaupun ini hanya perniagaan sampingannya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru