ARTIKEL

Abang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Idrus Ibrahim, 83, meninggal dunia ketika sedang tidur di kediamannya di Cheruk Tokkun.

Menteri Kabinet zahir takziah atas pemergian abang Anwar Ibrahim

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Beberapa menteri Kabinet menzahirkan ucapan takziah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seluruh keluarga atas pemergian abang beliau, Allahyarham Idrus Ibrahim pada 24 September.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu menyifatkan kehilangan seorang abang sebagai sesuatu yang memberikan kesan mendalam serta mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh.

Menteri Digital Gobind Singh Deo turut meluahkan rasa pilu dan memahami kesedihan yang ditanggung oleh Anwar atas kehilangan insan tersayang tersebut.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek mengenang Allahyarham sebagai tokoh perjuangan yang kaya dengan pengalaman serta sering mengingatkan bahawa perjuangan hari ini dibina atas pengorbanan orang terdahulu, selain menyifatkan politik sebagai nilai yang perlu dipertahankan.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim menyifatkan Allahyarham sebagai seorang pendidik yang tegas, berdisiplin, dan berprinsip yang banyak memberikan bimbingan kepadanya sejak awal penglibatan dalam politik sehingga menjadi ahli Kabinet seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU