ARTIKEL

Menteri Kanan Indonesia Luhut jalani pemeriksaan kesihatan di Singapura

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JAKARTA: Menteri Penyelaras Maritim dan Hal Ehwal Pelaburan Indonesia, Luhut Binsar Pandjaitan, akan menjalani proses pemulihan di Singapura berikutan masalah kesihatan yang dialaminya baru-baru ini.

Beliau memutuskan untuk membuat pemeriksaan dan penilaian perubatan komprehensif di Singapura selepas menerima tawaran berbuat demikian daripada Menteri Kanan Singapura Teo Chee Hean dan Menteri Luar Dr Vivian Balakrishnan.

Luhut, 76, menerima rawatan pencegahan di hospital tempatan sejak beberapa hari lalu.

“Saya tiba-tiba mengalami keletihan luar biasa selepas menghadiri satu acara.

Ia bukan penat seperti yang saya biasa rasai selepas bekerja,” kongsinya di akaun media sosialnya.

Luhut berterima kasih kepada Presiden Joko Widodo yang menyediakan pasukan perubatan presiden untuk menjaganya.

Ketidakhadiran beliau dalam mesyuarat kerajaan baru-baru ini amat dirasai, terutama oleh Menteri Pelaburan yang juga ketua Lembaga Penyelaras Pelaburan, Bahlil Lahadalia.

“Sebagai menteri yang bekerja di bawah penyelarasannya, saya mendoakan agar beliau cepat sembuh. Beliau adalah mentor kami,” kata Bahlil.

Sepanjang ketiadaan Luhut, Menteri Perusahaan Negara Erick Thohir dilantik sebagai Menteri Penyelaras Interim Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan.

Luhut adalah pesara jeneral empat bintang, ahli perniagaan dan bekas diplomat, dengan kerjaya yang cemerlang dalam politik Indonesia dalam pelbagai peranan kerajaan sejak 2000. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Penghormatan terakhir buat Kiptum

ELDORET: Beratus-ratus orang berkumpul di hab olahraga Kenya di Eldoret pada Khamis untuk penghormatan terakhir bagi pelari maraton dunia, Kelvin Kiptum yang meninggal dunia pada

Mangsa Gaza saman kerajaan Jerman

BERLIN, Jerman: Mangsa serangan Israel memfailkan aduan jenayah terhadap pegawai tinggi kerajaan Jerman kerana menyokong jenayah perang Israel dan genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza,

Koleksi peribadi Elton John dilelong

NEW YORK: Hampir AS$100,000 kasut perak monogram Elton John dan sekitar AS$2 juta untuk lukisan kembar tiga oleh artis jalanan Banksy daripada koleksinya, iaitu barangan

Jokowi rasmi pelabuhan kedua terbesar

JAKARTA: Presiden Joko Widodo atau Jokowi pada Khamis merasmikan Makassar New Port di Sulawesi Selatan yang matlamatnya untuk meningkatkan kecekapan logistik di timur Indonesia, ketika

BERITA TERBARU

Sedar mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Mi kolo digazet nyadi Pemakai Pesaka Menua

KUCHING: Pemakai ti dikerindu mensia mayuh di Sarawak, mi kolo diatu udah digazet nyadi siti Pemakai Pesaka Menua tauka ‘Makanan Warisan Kebangsaan’. Pekara nya mega