ARTIKEL

Menteri KPDN diumum lepas PRN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang baharu akan diumum selepas urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang sedang berlangsung di enam negeri selesai.

Anwar berkata beliau memerlukan masa untuk meletakkan pengganti Datuk Seri Salahuddin Ayub yang meninggal dunia pada 23 Julai lepas. 

“Belum lagi, lepas PRN… bagi saya masa… saya fikir tidak terlalu lama,” katanya kepada pemberita selepas berucap pada Majlis Perasmian Penutup Hari Pengguna Kebangsaan 2023 di Piazza Pavilion Bukit Jalil di sini semalam.

Buat masa ini, Anwar berkata beliau memberi tanggungjawab kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali untuk memantau urusan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. 

Beliau turut meminta Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh untuk membantu Armizan menjalankan tugas di kementerian itu. 

“Sementara ini, Armizan diberi tanggungjawab memantau dan menjalankan tugas. Fuziah pun dah faham betul (urusan KPDN).

“Jadi saya nampak tiada gangguan dan saya minta Armizan tumpu lebih sikit di kementerian ini,” katanya.

Portfolio kementerian itu sebelum ini diamanahkan kepada Salahuddin yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah selepas ditidurkan susulan pembedahan akibat pendarahan otak.

Selama hayatnya, Salahuddin, 61, amat komited dalam memperjuang nasib rakyat terutama berkaitan kos sara hidup. – BERNAMA 

BERITA LAIN

PERKESO lancar operasi kesan majikan besar-besaran

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melancarkan Operasi Pengesanan Majikan (Ops Kesan) Peringkat Kebangsaan 2024 secara serentak melibatkan 54 pejabat PERKESO di seluruh negara, semalam.

BERITA TERBARU

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP