Trending

Menteri luar China bertemu Elon Musk di Beijing

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

BEIJING: Menteri Luar China, Qin Gang, bertemu usahawan Amerika Syarikat (AS) Elon Musk di Beijing pada Selasa, lapor Sputnik memetik kenyataan Kementerian Luar China.

Dalam pertemuan itu, Qin berkata pembangunan China membuka peluang kepada seluruh dunia dan Beijing akan terus mempromosi keterbukaan untuk syarikat global, termasuk Tesla.

“Hubungan China-AS yang sihat, stabil dan membina memberi manfaat bukan sahaja kepada kedua-dua negara bahkan kepada seluruh dunia,” kata Qin.

Musk pula berkata Tesla menentang gangguan pengeluaran dan rantaian bekalan serta bersedia untuk terus mengembangkan perniagaannya di China. – BERNAMA

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru