KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS)
menyerahkan kepada menteri dan timbalan menteri di bawah Kerajaan Perpaduan untuk membantu kempen pilihan raya di enam negeri Semenanjung Malaysia.
Premier merangkap Pengerusi GPS Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, menjadi tanggungjawab mereka untuk membantu kerana gabungan tersebut merupakan sebahagian daripada komponen Kerajaan Perpaduan.
“GPS mempunyai lima menteri penuh termasuk seorang Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof serta enam timbalan menteri.
“Justeru, menjadi tugas mereka untuk memberi sokongan kepada parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) itu nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden GPS 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), pada Sabtu.
Untuk berita terperinci, sila langgani e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran