ARTIKEL

Menu istimewa sempena Hari Kebangsaan hari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Hanya untuk hari ini, bersempena dengan Hari Kebangsaan 2019, Kumpulan Hotel Dormani mengadakan Promosi Buffet Merdeka Hi-Tea sekali setahun bertempat di Hotel Dormani Jalan Ajibah Abol dan Hotel Grand Dormani Rajah Court di Jalan Tun Razak.

Kepada orang awam mereka boleh memilih dari pelbagai sajian tempatan seperti buah rojak, ayam goreng, bihun goreng dan banyak lagi.

Jika anda seorang peminat kolo mi, anda boleh pergi ke Hotel Dormani Jalan Ajibah Abol, kerana menu tersebut adalah menu istimewa pada hari ini, manakala peminat laksa Sarawak, mereka boleh pergi ke Hotel Grand Dormani Rajah Court untuk menikmati sajian tersebut.

Juga tidak dilupakan ialah menu terkenal sepenuh masa iaitu cucur melibatkan cucur pisang, cucur udang dan cucur keladi. Menu mesra kanak-kanak turut disajikan seperti nugget ayam, bola daging dengan sos BBQ dan sos mini.

Selain dari sajian yang makanan menyelerakan, terdapat juga sesi karaoke di mana para tetamu yang hadir boleh meminta untuk menyanyikan lagu kegemaran mereka sambil menikmati hidangan masing-masing.

Selain itu, semua tetamu yang hadir juga berpeluang untuk memenangi hadiah yang menarik di cabutan bertuah yang hanya diadakan pada hari ini.

Pelanggan boleh dalam merayakan hari patriotik hari ini dengan datang ke Buffet Merdeka Hi-Tea di Hotel Dormani dengan harga ditawarkan adalah RM25 untuk orang dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak.

Manakala harga di Hotel Grand Dormani Rajah Court adalah RM35 untuk orang dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak. Untuk tempahan dan pertanyaan, boleh hubungi 082-241111 untuk Hotel Dormani dan 082-484799 untuk Hotel Grand Dormani.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha