Trending

Menu kelas pertama Titanic dijual pada harga £66,000

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
This picture taken on April 27, 2021 shows a worker walking near a display at the site of a still-under-construction replica of the Titanic ship (not pictured) in Daying County in China's southwest Sichuan province. The ill-fated Titanic which sank over a hundred years ago is being resurrected as the centrepiece of a theme park in southwest China, where tourists can splash out for a night on the true-to-size vessel. (Photo by NOEL CELIS / AFP) / TO GO WITH China-society-tourism-Titanic,FOCUS by Noel Celis and Qian Ye

LONDON: Selepas lebih 111 tahun sejak tragedi Titanic, artifak bernilai daripada kapal mewah itu, termasuk menu untuk penumpang kelas pertama dilelong dengan harga puluhan ribu paun, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menu itu pernah mencetuskan fenomena kerana dikatakan satu-satunya menu yang masih ada sejak 11 April 1912.

Antara jenis hidangan yang tertera dalam menu itu, termasuk tournados of beef a la Victoria, daging kambing dan daging itik melewar (mallard) dan terjual dengan harga £66,000 (US$81,000).

Selimut dari kabin kelas pertama yang mungkin dibawa oleh seorang daripada penumpang yang terselamat ke dalam bot penyelamat dan dianggarkan bernilai £70,000 hingga £100,000 telah terjual pada harga £76,000. – Bernama

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru