ARTIKEL

Menuju Era Pembangunan Global Hijau: Graduan muda diseru jaga kedudukan Sarawak 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SIBU: Graduan muda digesa untuk terus menjaga kedudukan Sarawak ketika negeri ini melangkah ke era baharu, iaitu pembangunan global. 

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, dunia kini berada di penghujung bahan api fosil, dan Sarawak diibaratkan sebagai “paru-paru dunia” dengan menghasilkan lebih banyak oksigen daripada karbon.

Dengan fokus kepada ekonomi hijau, tenaga dan kelestarian, katanya Sarawak berusaha menjadi ‘juara’ kepada kelestarian.

“Semasa menghadiri Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP28) ke-28 di Dubai minggu lepas,  mereka bercakap mengenai sifar bersih karbon…saya kata Sarawak mencapai karbon negatif kerana kita mempunyai lebih banyak hidrogen dan oksigen daripada karbon.

“Justeru, graduan muda untuk terus menjaga kedudukan Sarawak ini dalam melangkah ke era baharu pembangunan global, yang boleh memberikan sumbangan positif kepada pembangunan manusia,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis konvokesyen ke-8 UTS di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud, hari ini.

Sementara itu, Abang Johari yang juga Pro Canselor UTS menekankan bahawa pendidikan dan pembangunan modal insan memainkan peranan penting dalam meningkatkan kecekapan tenaga kerja, sekali gus memberi impak kepada konomi. 

“Sumbangan UTS dalam domain ini patut diberi perhatian…universiti ini bukan sahaja melahirkan ramai graduan tetapi secara konsisten melahirkan profesional berkualiti yang mendapat permintaan tinggi oleh majikan.

“UTS juga diiktiraf sebagai institusi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) terkemuka di negara ini. 

Selain itu, universiti telah memupuk tenaga graduan yang berjaya menceburi bidang keusahawanan, bukti pendidikan berkaliber yang diberikan oleh UTS,” katanya lagi. 

Menyedari impak transformasi pendidikan, tambahnya Kerajaan Sarawak teguh dalam komitmennya untuk menyokong ibu bapa dan pelajar yang kurang bernasib baik.

“Komitmen ini dicontohi oleh inisiatif kita —menyediakan pendidikan percuma kepada lebih 25,000 bakal pelajar di semua universiti dan institusi pengajian tinggi milik kerajaan, bermula dari 2026.

“ Pendekatan berfikiran ke hadapan ini menekankan dedikasi kerajaan untuk memupuk peluang pendidikan dan memupuk aspirasi generasi akan datang,” ujarnya. 

LAIN-LAIN BERITA

Bantu pusat jagaan warga emas

KUCHING: Syarikat besar di Sarawak diseru untuk membantu pusat jagaan warga emas seperti Lions Nursing Home terutama sekali dalam usaha melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Lelaki terselamat daripada kereta terbakar

MIRI: Seorang lelaki terselamat apabila kereta yang dipandunya terbakar selepas melanggar belakang sebuah jentera berat yang berada di bahu jalan di Jalan Tudan di sini

Ganti SST dengan GST – Wong Ching Yong

SIBU: Kerajaan dicadangkan untuk memansuhkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Sebaliknya, Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Dudong, Kaunselor Wong Ching Yong, mencadangkan supaya

Tun Taib tonjol Sarawak di peta dunia

KUCHING: Kepimpinan bekas Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud, berjaya menonjolkan Sarawak di peta dunia, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri

BERITA TERBARU

Bantu pusat jagaan warga emas

KUCHING: Syarikat besar di Sarawak diseru untuk membantu pusat jagaan warga emas seperti Lions Nursing Home terutama sekali dalam usaha melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Batu Kawa deka bisi ‘water park’

KUCHING: Peranak ba Sitak Kunsil Nengeri (DUN) Batu Kawa deka terus ngasaika transformasyen pemansang lebuh pengawa ngerichah peluang dagang temuai ari perambu ngaga taman rekreasyen