Trending

Menunggu berita baik Belanjawan 2021

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

DUA tahun berturut-turut, belanjawan Kerajaan Sarawak mencecah sekitar RM10 bilion, belanjawan terbesar bagi negeri di Malaysia.

Sekitar 70 peratus daripada belanjawan Sarawak sejak dua tahun itu dikatakan berorientasikan pembangunan luar bandar.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg membentang Belanjawan Sarawak 2020 pada Mesyuarat Kedua bagi Penggal Keempat Persidangan Dun Sarawak Ke-18 dengan peruntukan mencapai RM9.891 bilion.

Bertemakan “Mempercepat Pembangunan Untuk Kesejahteraan Semua Rakyat Sarawak” agihan RM6.597 bilion untuk pembangunan, manakala RM3.294 bilion bagi perbelanjaan operasi.

Kerajaan negeri memasang inisiatif mentransformasikan kawasan luar bandar dengan memastikan tiada rakyat ketinggalan. Sementara, untuk Belanjawan Sarawak 2019 kerajaan memperuntukkan RM11.91 bilion, belanjawan terbesar setakat ini. Dua tahun berlalu, adakah Kerajaan Sarawak sekali lagi sedia memperuntukkan Belanjawan Negeri 2021 sebesar rekod lepas.

Soalan ini ditanya kerana seluruh dunia ketika ini sedang berdepan penularan pandemik Covid-9 yang banyak merencatkan ekonomi negara di dunia termasuk negara maju.

Apapun, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah meramalkan Belanjawan Sarawak 2021 kekal berteraskan mesra rakyat bertujuan menggerakkan Sarawak menuju negeri maju 2030.

Abdul Karim yakin, belanjawan dibentangkan tidak akan meminggirkan pembangunan negeri dan rakyat Sarawak. Ternyata rekod kewangan Sarawak cemerlang termasuk mendapat durian runtuh daripada pelaksanaan cukai ke atas produk berasaskan petroleum memberi Sarawak pendapatan tambahan sekitar RM3 bilion daripada Petronas baru-baru ini.

Kenyataannya, Sarawak berjaya memperkukuh lebihan fiskalnya pada 2018 dengan mempunyai lebihan Akaun Disatukan sekitar RM23 bilion, jumlah tertinggi di Malaysia. Penganalisis Ekonomi Profesor Madya Dr Madeline Berma sebagaimana beliau memberitahu media tempatan, yakin Sarawak membentangkan Belanjawan 2021 bersifat mesra rakyat meskipun ketika ini global berdepan pengucupan ekonomi kesan pandemik Covid-19.

Sarawak dikatakan masih mempunyai keupayaan kewangan untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat terutama golongan berpendapatan rendah (B40) sehaluan Belanjawan Malaysia 2021.

Foto Bernama

Bantuan ke atas rakyat ketika kritikal sebegini dilihat penting bagi melindungi kehidupan serta melandaikan keluk penularan Covid-19. Sementara itu, bagi Belanjawan Malaysia 2021 yang dibentangkan di Dewan Rakyat bulan depan turut dilihat menjadi kayu ukur atas sokongan ahli parlimen kepada kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sudah tentu tuntutan Ketua Pembangkang yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui mempunyai cukup majoriti menubuhkan kerajaan, memberi kesan kepada kelulusan belanjawan nasional berkenaan.

Rakyat menunggu dan melihat bagaimana belanjawan kali ini mampu membantu rakyat yang masih dirundung kesukaran akibat kesan Covid-19.

Pada masa yang sama, pemimpin ditagih membawa negeri dan negara ini menuju destinasi pembangunan yang betul di atas landasan ekonomi mampan.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Gibran di mata Prabowo

PEMILIHAN presiden (Pilpres) Indonesia berlangsung 14 Februari 2024. Sejumlah survei

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru