Menyabung ayam jam 2 petang

BAU: Empat individu lelaki yang sedang leka menyabung ayam terpaku setelah tapak aktiviti tanpa lesen mereka itu diserbu polis semalam.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata, tapak perjudian di belakang sebuah rumah di Jalan Kampung Sungai Pinang Siniawan itu diserbu oleh Jabatan Siasatan Jenayah IPD Bau sekitar jam 2 petang.

Katanya, keempat-empat lelaki individu yang berada di lokasi terbabit ketika serbuan ditahan setelah dipercayai menjalankan aktiviti sabung ayam tanpa lesen yang sah.

“kesemua suspek merupakan warga tempatan dan masing-masing berusia lingkungan 24 hingga 43 tahun.

“Pemeriksaan di lokasi menemui seekor ayam mati dan seekor ayam hidup serta lima bilah taji tajam dan sejumlah wang tunai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata Poge kesemua suspek serta barang rampasan dibawa ke IPD Bau untuk tindakan siasatan di bawah Seksyen 3 (1) Langkah-langkah Pencegahan Penganiayaan Terhadap Binatang 1962.

Jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum denda sebanyak RM1,000 atau tiga bulan penjara.

Beliau seterusnya mendedahkan kesemua suspek bagaimanapun didapati tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan jenayah lampau.

SENJATA.. Lima bilah taji tajam dipercayai digunakan dalam aktiviti menyabung ayam di lokasi kejadian

 

MATI… seekor ayam sabung ditemui mati di lokasi serbuan

Suara Sarawak