HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Mesin pengimbas dadah ditempatkan di pusat kargo seluruh Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Razi (dua kiri) bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Laporan bulanan One Stop Committee (OSC) bagi Menangani Isu Dadah dan Substance (MIDS) di Wisma Bapa Malaysia, di sini hari ini.

KUCHING: Mesin pengimbas untuk mengesan dadah akan ditempatkan di pusat kargo di seluruh Sarawak bagi membanteras aktiviti pengedaran dadah.

Timbalan Menteri Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Mohammad Razi Sitam berkata, ia ekoran negeri ini dijadikan transit pengedaran dadah menggunakan perkhidmatan syarikat kurier.

“Kita risau ia menjadi salah satu cara baharu dadah diedar. Kaedah yang dipos kadang-kadang ia tidak melibat saringan dari tempat yang dihantar sehingga sampai ke sini.

“Sebab itu kita mencadangkan mesin pengimbas seperti Pengesan Dadah visual Segera (IVDD) dan Hand Held Drug Detector diletakkan di setiap pusat kargo,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Laporan bulanan One Stop Committee (OSC) bagi Menangani Isu Dadah dan Substance (MIDS) di Wisma Bapa Malaysia, di sini hari ini.

Tambah Razi, Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan RM5.38 juta untuk membeli peralatan dan sumber untuk menangani isu dadah di negeri ini.

Katanya, peralatan dan sumber tersebut akan diatur gerakkan sepenuhnya pada awal Ogos ini.

“Tiada negeri di Malaysia mempunyai pelan tindakan seperti ini dan ia menunjukkan Sarawak amat serius menangani isu ini,” ujarnya.

Dalam pada itu katanya, sejak Januari tahun ini, Sarawak merekodkan 3,909 tangkapan berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah dan substan.

Jelasnya, ia hasil daripada 3,034 operasi yang dijalankan oleh agensi penguat kuasa.

“Daripada jumlah tersebut, Daerah Kuching merekodkan jumlah tangkapan tertinggi iaitu 936 tangkapan (23.94 peratus) diikuti Daerah Sibu iaitu 397 tangkapan (10.15 peratus).

“Sementara, Daerah Bintulu merekodkan 367 tangkapan (9.38 peratus), Daerah Miri dengan 332 tangkapan (8.49 peratus) dan Daerah Samarahan dengan 204 tangkapan (5.21 peratus),” katanya.

Razi (dua kiri) bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Laporan bulanan One Stop Committee (OSC) bagi Menangani Isu Dadah dan Substance (MIDS) di Wisma Bapa Malaysia, di sini hari ini.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

30 Mac 2023

Berita Terbaru