ARTIKEL

Messi lawat Arab Saudi tanpa kebenaran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISTANBUL: Paris Saint-Germain menggantung Lionel Messi selama dua minggu tanpa bayaran kerana melawat Arab Saudi tanpa kebenaran.

Bintang Argentina itu tidak boleh bermain atau berlatih dan tidak dibayar sepanjang tempoh pergantungan, lapor Agensi Anadolu memetik akhbar L’Equipe.

Berikutan itu, Messi akan terlepas perlawanan Ligue 1 menentang Troyes pada 7 Mei dan aksi bertemu Ajaccio pada 13 Mei.

Pemain berusia 35 tahun itu menjaringkan 20 gol dan membantu 19 gol dalam 37 perlawanan musim ini.

Messi membimbing Argentina merangkul kejuaraan Piala Dunia Qatar 2022 apabila menewaskan juara 2018 Perancis 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti. – Bernama

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Thailand perlu pertimbang pindahkan ibu negara

BANGKOK: Thailand mungkin perlu mempertimbangkan untuk memindahkan ibu negaranya, Bangkok kerana paras air laut yang semakin meningkat, kata seorang pegawai kanan di pejabat perubahan iklim

Garuda mendarat cemas akibat kebakaran enjin

HANOI: Sebuah pesawat yang membawa 468 penumpang dari Indonesia ke Arab Saudi melakukan pendaratan cemas pada Rabu lalu, susulan kebakaran enjin, menurut syarikat penerbangan Garuda

Biden, Trump setuju untuk dua sesi debat

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan bekas Presiden Donald Trump bersetuju untuk mengadakan dua debat presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian

BERITA TERBARU