Bintang bola sepak, Lionel Messi disenaraikan dalam skuad kebangsaan Argentina yang akan bertandang ke Indonesia bulan depan dalam rangka jelajah Asia 2023.
Dalam jelajah Asia 2023, Argentina dijadualkan menentang Indonesia di Stadium Utama Gelora Bung Karno pada pada 19 Jun 2023.
Selain Messi, beberapa nama besar lain turut tersenarai seperti Emiliano Martinez, Julian Alvarez dan Angel di Maria