ARTIKEL

Messi sertai Al Hilal?

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LIONEL Messi dilaporkan menerima tawaran 400 juta euro (RM1.93 bilion) setahun untuk menyarung jersi kelab Arab Saudi, Al Hilal SFC.

Tawaran tersebut dikatakan jauh melebihi kontrak Cristiano Ronaldo bersama Al Nassr.

Menurut wartawan Itali, Fabrizio Romano, kelab berkenaan berharap dapat menandatangani Messi selepas kontraknya di Paris SaintGermain tamat musim panas ini.

Namun dia berasakan, Messi, 35, akan memilih untuk kekal bersaing dalam liga Eropah.

”Difahamkan Al Hilal membuat tawaran secara rasmi kepada Leo Messi, gaji bernilai lebih 400 juta euro setahun.

“Keutamaan Leo: terus bersaing di Eropah. Barcelona, menanti FFP (Financial Fair Play) untuk menghantar bidaan dan memulakan rundingan,” kata Romano.

Messi dijangka meninggalkan PSG, setelah dikritik penyokong sendiri ketika aksi menentang Lyon. Messi turut dikaitkan dengan perpindahan ke Major League Soccer di Amerika Syarikat bersama Inter Miami. 

BERITA LAIN

Misi Kuching City FC cari kemenangan pertama

KUCHING: Pengurus Kuching City FC, Irwanshah Mohamad menegaskan, tiga mata tetap menjadi buruan pasukannya pada perlawanan menentang Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam

28 pasukan beradu nasib hujung minggu ini

KUCHING: Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Novis anjuran Akademi Takraw Satok (ATAS) 2024 akan berlangsung gelanggang Kelab Sukan Komuniti (KSK) Satok/SLPAS, Kuching pada Sabtu dan Ahad

BERITA TERBARU

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.