ARTIKEL

Mesyuarat Jawatankuasa Induk SMEC 2024 dan HAWANA 2024 berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka di sini, semalam, dipengerusikan oleh Saidol (tengah).

Mesyuarat Jawatankuasa Induk siap sedia bagi SMEC 2024 dan HAWANA 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Mesyuarat Jawatankuasa Induk Persidangan Media Sarawak (SMEC) 2024 dan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 diadakan bagi memastikan kelancaran persiapan program berkenaan.

Mensyuarat dipengerusikan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)), Datuk Abdullah Saidol, di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi), Datuk Hii Chang Kee, Pengarah UKAS, Samuel Simon, serta barisan ahli jawatankuasa kerja bagi kedua-dua program berkenaan turut hadir.

Disiarkan menerusi aplikasi Zoom, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Nik Kamaruzaman Nik Husin, dan Ketua Pengarang BERNAMA, Arul Rajoo Durar Raj, turut terlibat.

Mesyuarat selama dua jam setengah itu membincangkan pelbagai persiapan bagi program SMEC 2024 dan HAWANA 2024 yang dijadual berlangsung pada 25 hingga 27 Mei ini di Sarawak.

SMEC 2024 bertemakan ‘Evolusi Media dalam Era Digital’ menampilkan penceramah luar negara dan tempatan yang terkenal dan dijangka menarik seramai 600 peserta ke persidangan dua hari itu yang bermula pada 26 Mei ini.

Baca lain  HAWANA 2024: ‘JUH RAON’ LAWATI LOKASI IKONIK BUMI KENYALANG

Acara kemuncak SMEC 2024 dijangka disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi juga bakal menyerikan jamuan malam sempena SMEC 2024 pada 26 Mei nanti.

Sementara itu, HAWANA 2024 yang bertemakan ‘Etika Teras Kewartawanan Mapan’ akan dihadiri oleh pengamal media dari seluruh negara dan daripada persatuan wartawan tempatan serta wakil media dari negara anggota ASEAN.

HAWANA 2024 juga akan mengadakan pameran berkaitan kewartawanan pada 25 Mei di Plaza Merdeka.

Acara kemuncak HAWANA 2024 pula akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 27 Mei.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil serta barisan Menteri Kabinet Persekutuan dan Menteri Kabinet Sarawak, ketua jabatan dan jemputan lain dijangka hadir pada sambutan tersebut.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Jambatan Sebauh dijangka siap lebih awal

SEBAUH : Kemajuan kerja-kerja pembinaan Jambatan Sebauh menyeberangi Sungai Kemena dekat sini berada pada tahap 12.67 peratus dan lebih awal. Menurut Timbalan Premier Datuk Amar

Bangunan Persatuan Autistik Kuching diperbesar

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan geran sebanyak RM4,179,000 untuk membina blok pendidikan tiga tingkat kedua Persatuan Autistik Kuching (KAA) yang baharu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan

TYT terima kunjungan hormat Shell Malaysia

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat Shell Malaysia, di Astana Negeri Sarawak, hari ini. Kunjungan

BERITA TERBARU