ARTIKEL

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Mesyuarat khas BN bakal bincang kemelut politik Negeri Sembilan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dijadualkan mengadakan mesyuarat khas bersama semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional Negeri Sembilan malam ini bagi mencari penyelesaian terhadap kemelut politik di negeri berkenaan.

Mesyuarat di Menara Dato’ Onn itu turut melibatkan ADUN PAS dan Parti Wawasan Rakyat bagi menyelaraskan tindakan serta mengenal pasti opsyen terbaik mengikut undang-undang tubuh negeri dan adat.

Ahmad Zahid menegaskan bahawa beliau tidak berniat untuk campur tangan, sebaliknya mahu menyelaraskan usaha bagi mencari jalan penyelesaian terbaik terhadap kemelut yang dihadapi di Negeri Sembilan.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri menyatakan bahawa sebarang langkah yang diambil perlu mengutamakan kepentingan rakyat serta mematuhi Peraturan-Peraturan Dewan Undangan Negeri, Perlembagaan, dan adat Negeri Sembilan, selain memberikan mandat penuh kepada Menteri Besar, Datuk Seri Jalaluddin Alias, untuk mencari penyelesaian termasuk menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Undang Yang Empat, serta Tunku Besar Tampin.

Berhubung cadangan pengisytiharan darurat politik, Ahmad Zahid berpendapat langkah tersebut tidak perlu memandangkan situasi keselamatan dan ketenteraman awam di negeri itu kekal terkawal tanpa sebarang kekecohan seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

CEKAL Tersenarai Lima Dokumentari Terbaik FFM35

KUCHING: Dokumentari CEKAL: Kisah Bonnie Bunyau Gustin bukan sekadar mengangkat kejayaan jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin, sebaliknya turut menyorot hubungan erat antara seorang anak