ARTIKEL

Mesyuarat mingguan hingga 20 Mac selesai isu padi, beras

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta majlis itu bermesyuarat setiap minggu hingga 20 Mac bagi mencari penyelesaian kepada isu padi dan beras.

Beliau berkata perkara itu dimaklumkan oleh Anwar ketika mempengerusikan Mesyuarat Khas NACCOL 2024 semalam.

“Pada mesyuarat tadi, kita tidak ada ketentuan mengenai penyelesaian isu padi dan beras ini, kita perlu membuat kajian yang lebih mendalam,” katanya dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV semalam. 

Beliau berkata Perdana Menteri juga meminta bahagian penguatkuasaan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengambil tindakan sewajarnya kepada pemain industri yang terlibat dalam melakukan penyelewengan ke atas penjualan beras dengan menukar label beras putih tempatan (BPT) kepada beras putih import (BPI).

Terdahulu, Anwar dalam satu kenyataan telah meminta KPKM mengetuai dan menyelaras sesi libat urus mengenai isu padi dan beras secara lebih terperinci dan sesegera mungkin. – BERNAMA

GAMBAR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) Bilangan 5 Tahun 2023 di Putrajaya semalam.

BERITA LAIN

Muhammad Azeem, rakan ungguli 4X100 meter di Florida

KUALA LUMPUR: Pelari pecut sensasi negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi, terus menampilkan larian bertenaga untuk membantu kuartet 4×100 meter (m) lelaki Universiti Auburn meraih pingat emas pada Kejohanan Olahraga

Teknologi AI perkasa PKS untuk tingkatkan kecekapan

KUALA LUMPUR: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mampu memperoleh kelebihan daya saing mereka dengan memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI), yang merangkumi AI dokumen, AI umum, AI generatif, model

BERITA TERBARU

Sze Fei-Nur Izzudin tewas di final BAC 2024

KUALA LUMPUR: Hasrat beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani bergelar juara Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 tidak kesampaian selepas tewas di pentas final

Saya tidak minta apa-apa – Wong Soon Koh

KUCHING: Bekas Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB), Datuk Seri Wong Soon Koh, tidak menuntut apa-apa jawatan dalam kabinet Kerajaan Sarawak sebagai syarat bagi pembubaran partinya