ARTIKEL

Mesyuarat PAC 2024 teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Program (PAC) 2024 akan meneliti projek penyelidikan dan isu dalam industri sawit Malaysia bagi memastikan ia akan terus mencatat pertumbuhan pesat ke arah masa depan industri yang lebih mampan.

Dalam kenyataan hari ini, katanya perkara itu adalah antara yang dibincangkan dalam mesyuarat anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang diadakan selama empat hari bermula semalam.

“MPOB telah melaksanakan kerangka penyelidikan yang dibangunkan khusus untuk memacu hala tuju industri sawit negara melalui penyelidikan genetik, pembangunan mampan, teknologi pemprosesan dan mekanisasi, pembangunan produk tambah nilai serta teknologi digital,” katanya.

Pengerusi MPOB Datuk Mohamad Helmy Othman Basha berkata, dengan penumpuan terhadap hala tuju yang strategik, MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.

“Hala tuju penyelidikan MPOB diselarikan dengan lima teras dasar yang digariskan dalam Dasar Agrokomoditi Negara 2021-2030 (DAKN 2030),” katanya dalam kenyataan sama.

Ketua Pengarah MPOB Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir pula berkata, ahli PAC meneliti serta membincangkan pelbagai inisiatif kaedah-kaedah baharu untuk peningkatan bahan tanaman dan pengurusan kebun yang cekap sebagai strategi utama untuk memastikan peningkatan hasil yang signifikan.

Menurut kenyataan itu, mesyuarat PAC adalah platform khusus MPOB untuk memupuk idea inovasi dan baharu serta memperkemas strategi penyelidikan MPOB untuk memenuhi keperluan industri sawit dengan memanfaatkan peluang serta keperluan global.

Ahli PAC terdiri daripada saintis, penggiat sendiri serta pakar terkemuka dari dalam dan luar negara yang dipertanggungjawabkan untuk meneliti serta merencana idea serta formula terbaik dalam pembangunan serta penyelidikan untuk industri sawit, kata MPOB. — BERNAMA

BERITA LAIN

Perodua pamer prototaip EV pertama di Malaysia Autoshow 2024

SERDANG, Selangor: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mengorak langkah dalam pembangunan teknologi elektriknya dengan memperkenalkan prototaip kenderaan elektrik (EV) pertamanya, Myvi Conversion. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk

BERITA TERBARU

Sarawak tanam 34 juta pokok

Salah satu punca konflik meningkat ialah kehilangan kawasan hutan dan ia dikaitkan dengan penularan penyakit zoonotik — penyakit daripada haiwan kepada manusia. Faktor lain seperti