ARTIKEL

Kredit: asean.org | BERNAMA

Mesyuarat pasukan petugas ASEAN tekankan integrasi serantau dan pertumbuhan inklusif

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Pasukan Petugas Inisiatif untuk Integrasi ASEAN (IAI) telah bersidang di Ibu Pejabat ASEAN pada Selasa untuk Mesyuarat ke-73 mereka, yang menumpukan kepada kemajuan dalam integrasi serantau dan pertumbuhan inklusif.

Dipengerusikan oleh Wakil Tetap Myanmar ke ASEAN, Duta Besar Aung Myo Myint, mesyuarat itu turut dihadiri oleh Duta Timor-Leste ke ASEAN selaku pemerhati, menurut Sekretariat ASEAN dalam satu kenyataan.

Topik utama yang dibincangkan termasuk kemas kini tentang 91 projek di bawah Inisiatif Pelan Kerja Integrasi ASEAN IV dan strategi untuk mengecilkan jurang pembangunan (NDG) di bawah Pengerusi ASEAN Laos.

Duta Besar, termasuk Wakil Tetap Malaysia Datuk Nur Izzah Wong Mee Choo, turut berbincang mengenai usaha untuk memasukkan agenda NDG ASEAN dalam perancangan masa hadapan.

Dengan Pelan Kerja IAI IV menghampiri tahun-tahun terakhirnya, Myint menekankan keperluan untuk meningkatkan kerjasama bagi memastikan pelaksanaan yang berjaya.

“Mesyuarat juga menekankan kepentingan usaha kolektif dalam memacu kemajuan dan mencapai pembangunan yang saksama di seluruh rantau ASEAN,” tambah sekretariat itu.

Butiran mengenai IAI boleh diakses di https://asean.org/our-communities/initiative-for-asean-integration-narrowing-development-gap-iai-ndg/. — BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Faisal Halim ibarat pecahan yang hilang — Nidzam

KUALA LUMPUR: Suasana emosi menyelubungi bilik persalinan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila pemain sayap sensasinya Mohamad Faisal Abdul Halim menjejakkan kaki buat