Trending

METAMORFOSIS YANG TAK KUKENAL

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

Hari ini menyuguhi duka, luka yang

menabung selama hidup jadi ajal. Ada

mati yang tak kukenal menukar angin

jadi kering dan bumi hamil dengan

sekujur biografi dosa dan pahala,

ia metamorfosis dalam kain putih

meninggalkan kuning jadi rindu, akar

jadi rindu, hari jadi rindu, marah jadi

rindu, nafas jadi rindu, peluh jadi rindu,

kata jadi rindu, matahari jadi rindu

dan bayang-bayang ialah cakerawala

baru segala menebal segala

mengental waktu yang paling

paling kembalinya nyawa yang dipinjam ia

menembus jantungku, memupuk

kesedaran satu persatu jadi percaya;

bahawa benar kata ibu hidup

saling tak tumpah perjalanan ke mati

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Sanggar Puisi

HAFIZAH MUNIRAmpang, Selangor. SYAIR TINGGI DARJAT Ditulisnya warkah di dalam

Bicara Perang

ISMAIL HASHIM WARISAN PUTERI NEGERI SEMBILAN Angin yang menyisip ke

NUKILAN SHAA ZAINOL

Shaa Zainol anak kelahiran Pulau Pinang. Beliau lulusan Ijazah Sarjana

SANGGAR PUISI

SARAH ROSS4 November 2023Bukit Katil. Maafkan Untuk Ingatan  Yang Sering

HUJAN JATUH KE PASIR

Karya: AMERSARAWAKSADONG JAYA. “Salam… semua. Ada tak sesiapa yang ada

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru