ARTIKEL

Mexico sedia hadapi letusan gunung berapi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BANDARAYA MEXICO: Kerajaan Mexico mengumumkan beberapa langkah pencegahan selepas gunung berapi Popocatepetl mula mengeluarkan asap dan abu pada hujung minggu.

Antara langkah pencegahan yang diumumkan itu, termasuk penyediaan tempat perlindungan dan penempatan tentera, anggota keselamatan awam dan pasukan yang akan menguruskan pemindahan penduduk apabila keadaan memerlukan.

Setakat ini, Pusat Pencegahan Bencana Kebangsaan mengeluarkan amaran peringkat kuning Fasa Tiga, lapor Agensi Anadolu.

Gunung berapi Popocatepetl terletak di sempadan negeri Mexico, Puebla dan Morelos.

Setakat Ahad, sebanyak 573 letusan gunung berapi Popocatepetl telah direkodkan, 70 peratus daripadanya letusan kecil. Bagaimanapun, keadaan itu menyebabkan dua lapangan terbang antarabangsa di Mexico City membatalkan penerbangan untuk hari ketiga berturut-turut.

Syarikat penerbangan seperti Aeromexico mengumumkan pembatalan 46 penerbangan pada Isnin.

Pihak berkuasa pendidikan turut mengumumkan beberapa sekolah di Puebla dan Tlaxcala ditutup.

Terdahulu, dalam satu sidang media, Presiden Mexico Andres Manuel Lopez Obrador berkata, Kementerian Keselamatan dan Perlindungan Rakyat telah membentuk satu suruhanjaya untuk mengawasi kerja-kerja menyediakan tempat perlindungan dan laluan untuk membolehkan penduduk dapat dipindahkan dengan lancar. – Bernama

BERITA LAIN

China konsisten alu-alukan pelaburan asing

BEIJING: Masyarakat antarabangsa semakin yakin akan ekonomi China yang meningkat semula dan berkembang menuju ke arah yang baik sejak awal tahun ini. China mengalu-alukan sektor

17,034 warga emas Jepun meninggal sendirian

TOKYO: Satu tinjauan terkini oleh Agensi Polis Kebangsaan Jepun (NPA) menunjukkan bahawa 17,034 warga emas yang tinggal bersendirian meninggal dunia di rumah di seluruh negara

BERITA TERBARU

Hari Wesak disambut meriah seluruh negara

KUALA LUMPUR: Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara dengan ribuan penganut Buddha memenuhi tokong di negeri masing-masing sejak awal pagi ini. Di Kuala Lumpur,