ARTIKEL

Fauzi Mesran

MGA umum pasukan elit program pembangunan remaja 2024/2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SHAH ALAM: Persatuan Golf Malaysia (MGA) mengambil langkah signifikan dalam usaha membangunkan pelapis pemain golf kebangsaan dengan mengumumkan barisan pemain terpilih bagi Pasukan Elit Program Pembangunan Remaja Kebangsaan 2024/2025.

Pengerusi program itu Fauzi Mesran berkata senarai tahun ini menampilkan 25 pemain berbakat besar berumur 13 hingga 18 tahun yang telah menunjukkan kemahiran luar biasa dan dedikasi terhadap sukan itu.

Beliau berkata Pasukan Elit itu menyenaraikan atlet yang telah meraih pencapaian penting dalam kerjaya mereka.

“Dalam kalangan pemain lelaki, Wan Danial Hafiz Wan Zain mengetuai dengan pencapaian mengagumkan termasuk Ranking Golf Amatur Dunia (WAGR) di tempat 671 dan kemenangan sebagai juara Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) Bawah 18 Tahun (B-18) 2023.

“Pasukan itu turut disertai bintang meningkat naik seperti Muhammad Adif Haikal Md Hazan dan dan Muhammad Ajmal Amin Mohd Fajri,” katanya ketika ditemui di Kota Permai Golf and Country Club di sini hari ini.

Sementara itu bagi remaja wanita, Alya Afza Hazari, juara MSSM B-18 2023 antara yang menonjol bersama-sama Ngo Yi Belle dan Andrea Chin Yen Xing yang telah menunjukkan potensi luar biasa.

Baca lain  Pencarian pemain wanita diteruskan

Pasukan Elit Program Pembangunan Remaja Kebangsaan:

Lelaki: Wan Danial Hafiz Wan Zain, Muhammad Adif Haikal Md Hazan, Muhammad Ajmal Amin Mohd Fajri, Muhammad Danial Muhammad Nazari, Lim Hao Yu, Ammer Aiman Mohd Fauzi, Ammar Aiman Mohd Fauzi, Mohamad Saiful Hakimi Mohamad Rosli, Anis Dylan Sinno, Joshua Lim Zhi Xing, Aiden Tai John Roberts, Felix Gan Yong Jun, Mohamad Danish Danial Md Jumat, Muhammad Afham Othman

Wanita: Alya Afza Hazari, Ngo Yi Belle, Andrea Chin Yen Xing, Nur Batrisyia Balqis Abdul Ghani, Nur Diana Syafiqah Abdullah, Siti Nur Husna Aina Abdul Karim Nast, Janice Kwan Yu Heng, Siti Nurfarah Fasha Mohamad Hasan, Amberly Zaira Zamri, Aarthi Ganesan, Nurlyana Yasmin Ruzkinain.

BERITA LAIN

Peluang ‘Kilat Boy’ uji kemampuan diri

KUCHING: Petinju profesional kelahiran Sarawak, Daeloniel Mcdelon Bong, menyifatkannya sebagai kredit berganda kerana dapat berlatih bersama jaguh tinju kelahiran Filipina, Herlan Gomez, dalam usaha memperhebatkan

Tunku Abu Bakar optimis naik podium lagi

SEPANG: Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim optimis pasukannya Triple Eight Johor Motorspors Racing (JMR) mampu sekali lagi menaiki podium pada GT World Challenge Asia

BERITA TERBARU

Maul Lang puh nyapai juluk nyadi pemerindang

SYLVESTER RIANGsuarasarawak.news@gmail.com GENAP iku kitai bela ngembuan minat enggau juluk kediri empu ba sesebengkah pengawa tang ukai reti semua juluk nya ulih dikeamat baka ti