Mi udang di Pekan Oya

KALAU pergi ke Pekan Oya, jangan lupa singgah di deretan kedai menjual mi udang.

Gerai-gerai di sini menjual mi yang dihidang dalam pelbagai jenis hidangan.

Mi goreng, mi basah dan sup mahupun bihun dan kuetew boleh dimasak pelbagai cara tetapi killer menunya ialah udang.

Udang daripada saiz kecil kepada saiz besar dihidangkan bersama mi pada harga mampu makan RM10 hingga RM35.

Bagi pekan kecil ini, ia adalah tarikan tersendiri kerana udangnya manis, segar dan sedap.

Jika anda pergi ke Mukah, jangan lupa singgah ke Pekan Oya yang terletak cuma 45 minit perjalanan santai dari Mukah.

Suara Sarawak