ARTIKEL

Michael Ijezie import baharu Kuching City FC

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bekas pengempur pasukan Langkawi City FC, Michael Ijezie Chukwubunna, 32 antara pemain import baharu kelab warga kota Kuching City FC (KC FC).

Sekali gus, bakal memperkuatkan jentera serangan ‘The City Boys’ untuk mengharungi baki perlawanan pusingan kedua kempen Liga Premier 2021 yang akan bersambung 3 Julai depan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KC FC, Iswandi Ali Hassan memberitahu, pemain kelahiran Nigeria itu sudahpun tiba di bandar raya Kuching dan kini melalui proses kurantin wajib selama dua minggu.

“Dia sudah tiba di Kuching dan seperti biasa perlu melalui proses kuarantin wajib,” ujar Iswandi kepada Arena Suara Sarawak semalam.

Tegas Iswandi, pengambilan Michael menggantikan tempat penyerang kelahiran Brazil, Bryan Jones Anicezio yang ditamatkan kontrak atas persetujuan bersama.

Apa yang diharapkan, dengan kehadiran Michael akan dapat mempertajamkan sentuhan di bahagian penyudah dalam skuad kendalian jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya