ARTIKEL

Michael Mujah Lihan dipilih senator

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Michael Mujah Lihan dipilih sebagai Ahli Dewan Negara yang baharu pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini. 

Pemilihan Michael, 61, adalah bagi menggantikan Datuk Dr Nuing Jeluing yang akan menamatkan penggalnya sebagai senator pada 10 Dis ini.

Pencalonan Michael sebagai Senator mewakili Sarawak itu dicadangkan Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan disokong Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

Speaker Dewan Undangan Negeri Tan Sri Mohd Asfia Awang Nassar ketika mengumumkan pemilihan itu berkata Michael merupakan calon tunggal yang dikemukakan.

Uggah semasa mengemukakan cadangan itu berkata Michael telah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak dari 2016 sehingga kini.

Menurut Uggah, Michael juga merupakan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Belaga dari 2009 hingga 2016 sebelum menjadi Ketua Cawangan PBB Murum pada 2016 sehingga kini.

“Di samping itu, beliau pernah menjadi Ahli Majlis Tertinggi PBB dari 2010 hingga 2022. Beliau juga aktif dalam pelbagai pertubuhan bukan kerajaan seperti Federation of Orang Ulu Malaysia (FORUM),” katanya.

Michael yang dilahirkan di Belaga, Sarawak pada 6 Okt 1962, mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran dan juga politik.

— BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan

Permohonan UPUOnline dibuka hari ini

KUCHING: Kementerian Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan permohonan fasa pertama untuk UPUOnline bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam dan

Premis makanan dipantau supaya sentiasa bersih, selamat

SIMANGGANG: Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman mempergiatkan pemantauan terhadap premis makanan sekitar Simanggang bagi memastikan pengusaha mengutamakan aspek kebersihan terbaik.

BERITA TERBARU

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan