Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Michelle, Laskarnita TLDM pertama diiktiraf sebagai juruteknik bertauliah (Tc.)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
TAHNIAH…Laskarnita Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang pertama memperoleh Juruteknik Bertauliah(Tc.) dalam bidang Teknologi Pengangkutan dan Logistik.
TAHNIAH…Laskarnita Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang pertama memperoleh Juruteknik Bertauliah(Tc.) dalam bidang Teknologi Pengangkutan dan Logistik.

KUCHING: Anak Sarawak, LK TNL Tc Michelle Janta Joefrazier melakar sejarah sebagai laskarnita Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang pertama memperolehi Juruteknik Bertauliah (Tc.) dalam bidang Teknologi Pengangkutan dan Logistik dan mendapat pengiktirafan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT).

TLDM dalam hantaran di Facebook hari ini mengucap tahniah kepada Michelle yang memiliki diploma serta masih dalam perkhidmatan mendapat pengiktirafan ini.

HEBAT…Michelle memperoleh pengiktirafan memiliki diploma serta masih dalam perkhidmatan mendapat pengiktirafan ini.

“Lebih membanggakan, atas inisiatif bersungguh-sungguh dalam meningkatkan nilai modal insan, LK TNL Tc. Michelle berjaya memperoleh Diploma dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada tahun 2022 dalam bidang Pengurusan Logistik,” katanya.

Sementara, untuk Tc. pertama dalam bidang TL ialah LK TNL Tc. Muhammad Afifi Falihin Mohd Fuad.

Menurut TLDM, LK TNL Tc. Michelle yang kini sedang berkhidmat di unit Depot Bekalan Armada Timur sebagai Staf Koordinasi Material berbangga kerana dapat menghabiskan tugasan dan temu duga dengan jayanya sebelum beliau layak mendapat pengiktirafan ini.

Justeru katanya, warga TLDM wajar menjadikan pencapaian LK TNL Tc. Michelle sebagai motivasi dan inspirasi untuk terus maju dalam karier bagi menjadikan TLDM lebih disegani.

“Di samping itu, bagi mencapai hasrat ini, usaha menjadikan warga Navy People yang layak untuk mendapat pengiktirafan sedemikian sedang giat dilaksanakan,” ujarnya.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News