ARTIKEL

Tan Sri Michelle Yeoh

Michelle Yeoh cipta sejarah terima anugerah tertinggi Presiden AS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEJARAH TERCIPTA, apabila Bintang Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh, 61, menerima Pingat Kebebasan daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pada majlis rasmi di Rumah Putih, Washington, Sabtu lalu.

Memetik laporan berita, Yeoh dipilih sebagai penerima penghormatan tertinggi AS selepas Biden mengiktiraf individu yang banyak menyumbang kepada keselamatan, kepentingan dan keamanan AS serta kebudayaan dunia.

Ia sekali gus menjadikan Yeoh sebagai pelakon Asia pertama yang menerima penghormatan tertinggi dari negara tersebut.

“Dalam dan di luar skrin, Michelle Yeoh berjaya menghancurkan stereotaip untuk memperkaya serta meningkatkan budaya AS.

“Sama ada sebagai penghibur atau perintis, beliau terus memperkaya budaya AS dan memberi inspirasi kepada kami untuk mempercayai kemungkinan dalam filem dan seterusnya, tahniah,” kata jurucakap majlis tersebut.

Michelle Yeoh, memainkan pelbagai watak dalam filem yang mendapat pujian di peringkat global.

Antara yang terkenal termasuklah Tomorrow Never Dies, Crouching Tiger, Hidden Dragon, Memoirs Of A Geisha dan The Lady.

Acara tersebut turut disiarkan secara penstriman langsung di Facebook The White House.

BERITA LAIN

AISHWARYA RAI BACHCHAN raih perhatian

PELAKON Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan mendapat perhatian dengan gaun berwarna hitam dan emas yang dipakainya ketika membuat kemunculan di Festival Filem Antarabangsa Cannes pada 16

Fasha Sanda bersyukur keluarganya bahagia

ENAM tahun melayari bahtera perkahwinan, Fasha Sandha Hassan, 40, meluahkan rasa syukur apabila berjaya melalui tempoh fasa pertama alam perkahwinannya bersama-sama suami iaitu Aidil Aziz.

Zayn guna aplikasi cari jodoh

PENYANYI, Zayn Malik, 31, mengaku pernah mencuba aplikasi cari jodoh untuk mencari teman hidupnya tetapi tidak berhasil berikutan kesukaran mencari pengganti selepas berpisah dengan model,

BERITA TERBARU

Bekas wartawan penyiaran Sarawak meninggal dunia

KUCHING: Bekas wartawan penyiaran dari Sarawak, Datuk Affandi Tahir, meninggal dunia di kediamannya di sini semalam. Menurut laporan TVS hari ini, berita pemergiannya disahkan oleh anaknya, Faisal