ARTIKEL

Tan Sri Michelle Yeoh

Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi AS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

AKTRES HOLLYWOOD kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh, 61, bakal menerima penghormatan tertinggi Amerika Syarikat (AS), iaitu Pingat Kebebasan Presiden daripada Presiden AS, Joe Biden pada 3 Mei depan.

Memetik laporan berita, Yeoh dipilih sebagai penerima penghormatan tertinggi AS selepas Presiden Biden mengiktiraf individu yang banyak menyumbang kepada keselamatan, kepentingan dan keamanan AS serta kebudayaan dunia.

Dalam pada itu, sejarah Pingat Kebebasan Presiden AS melibatkan banyak tokoh terkemuka seperti Mother Teresa, John F Kennedy, Bill Clinton, Sidney Poitier, Steven Spielberg dan lain-lain.

Justeru, keputusan memberikan penghormatan kepada Michelle Yeoh menandakan penghargaan sumbangan dan jasa beliau dalam bidang seni lakon dan dalam usaha-usaha kebudayaan.

Malah, prestasinya dalam industri fi lem mengukuhkan kedudukan Malaysia di persada antarabangsa.

Michelle Yeoh, memainkan pelbagai watak dalam fi lem yang mendapat pujian di peringkat global. Antara yang terkenal termasuk Tomorrow Never Dies, Crouching Tiger, Hidden Dragon, Memoirs Of A Geisha, dan The Lady.

BERITA LAIN

Lelaki dipenjara menyamar ahli BTS

LELAKI yang dikenali sebagai A dijatuhkan hukuman penjara kerana menyamar sebagai ahli BTS untuk memperoleh lagu yang belum dikeluarkan BTS. Memetik media antarabangsa, mahkamah mengekalkan

Harapan Bujang Sarawak ke AJL

LAGU Bujang Sarawak yang dinyanyikan oleh Baby Shima semakin mengukuhkan kedudukan di Muzik-Muzik 39. Kali ini Bujang Sarawak mendapat tempat ketiga dalam undian Muzik-Muzik 39.

BERITA TERBARU