ARTIKEL

MIDRA bakal tingkatkan pendapatan isi rumah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KANOWIT: Empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terdiri daripada Machan, Ngemah, Tamin dan Kakus akan mempunyai agensi pembangunan yang dikenali sebagai Agensi Pembangunan Mid Rajang (MIDRA).

Perkara ini dimaklumkan oleh Ahli Parlimen Kanowit Datuk Aaron Ago Dagang yang juga Menteri Perpaduan Negara semasa berucap menyempurnakan penutupan Pesta Kanowit 2023 di Tebingan Sungai Kanowit di sini, semalam.

Beliau berkata, sebelum ini agensi itu dikenali sebagai Agensi Pembangunan Rascom (RASDA) telah ditukar dengan nama baharu (MIDRA) oleh Kabinet Negeri.

“Namun, belum ada surat rasmi pertukaran nama daripada Kerajaan Negeri,” ujar beliau.

Rentetan itu, Aaron menyeru penduduk di keempat-empat DUN tersebut supaya bersabar menunggu proses penubuhan agensi itu selesai.

Katanya, beliau masih belum begitu jelas lagi mengenai perkara tersebut walaupun dikatakan akan melantiknya sebagai pengerusi agensi tersebut.

Beliau juga memberitahu bahawa terdapat banyak projek yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri dan akan melantik pegawai tugas khas tetapi ia masih belum dimuktamadkan.
Oleh itu, ujar beliau, Kerajaan Negeri telah memberikan dana RM1.5 bilion untuk tujuan tersebut.

“Sebab itu kita masih belum ada pejabat lagi walaupun tempat sudah disediakan di Pejabat Residen Sibu.

“Seperkara lagi, kami juga telah mendapatkan perunding Malaysia yang berpangkalan di United Kingdom untuk projek-projek berkaitan setelah agensi ini berjalan lancar kelak,” katanya.

Aaron mengatakan objektif agensi itu adalah untuk meningkatkan pendapatan isi rumah penduduk di Kanowit dan Selangau melalui sektor pertanian menggunakan teknologi moden.

Beliau menambah sasarannya adalah untuk mengeksport hasil pertanian dalam atau luar negara.

Setelah prosesnya selesai kelak, Aaron berharap agensi tersebut akan menganjurkan bengkel besar bersama-sama penduduk di empat DUN tersebut untuk mereka menyumbang idea tentang apa yang akan dimasukkan dalam projek di bawah agensi itu.

Penubuhan agensi itu telah diumumkan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 17 November 2022 ketika beliau mengadakan lawatan ke Nanga Ngungun semasa kempen Pilihan Raya Negeri lalu.

Beliau juga turut mengumumkan pembiayaan RM1.5 bilion untuk agensi itu yang akan memacu pembangunan di empat DUN iaitu Machan dan Ngemah yang terletak di Daerah Kanowit serta Tamin dan Kakus di daerah Selangau.

Hadir sama ialah Adun Machan Allan Siden Gramong, Adun Ngemah Anyi Jana, dua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Susan Clement dan Maurice Giri dan Pegawai Daerah Kanowit Jackline Ogos.

LAIN-LAIN BERITA

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

Penularan kes denggi di Miri membimbangkan

MIRI: Penularan kes demam denggi di sekitar Miri kini semakin menimbulkan kebimbangan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin. Menurutnya, setakat 24 Februari lalu

Bantu pusat jagaan warga emas

KUCHING: Syarikat besar di Sarawak diseru untuk membantu pusat jagaan warga emas seperti Lions Nursing Home terutama sekali dalam usaha melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

BERITA TERBARU

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

Penularan kes denggi di Miri membimbangkan

MIRI: Penularan kes demam denggi di sekitar Miri kini semakin menimbulkan kebimbangan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin. Menurutnya, setakat 24 Februari lalu