ARTIKEL

Migran mulakan kebakaran ditahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MEXICO CITY: Pendakwa raya Mexico pada Jumaat memaklumkan seorang migran ditahan atas tuduhan memulakan kebakaran, mengorbankan 39 orang di pusat tahanan imigresen berhampiran sempadan Amerika Syarikat (AS).

Tiga pegawai imigresen dan seorang pengawal keselamatan swasta juga ditahan sebagai sebahagian daripada siasatan pembunuhan terhadap kes kebakaran yang bermula pada Isnin lalu.

Pihak berkuasa menuduh orang yang bertanggungjawab ke atas pusat tahanan di Ciudad Juarez itu tidak melakukan apa-apa untuk memindahkan tahanan.

Waran tangkap masih dalam proses untuk seorang lagi pengawal yang dikehendaki berhubung tragedi itu, kata seorang pendakwa yang pakar dalam hak asasi manusia, Sara Irene Herrerias, memberitahu sidang akhbar.

Beliau tidak menyatakan identiti migran yang dituduh memulakan kebakaran di dalam sel tempatnya ditahan dengan 67 lelaki lain, sebagai protes terhadap pengusiran.

Menurut pihak berkuasa, mangsa yang maut termasuk 18 warga Guatemala, tujuh warga Salvador dan Venezuela, enam warga Honduras dan seorang warga Colombia.

Mereka yang cedera ialah 10 warga Guatemala, lapan warga Honduras, lima Salvador dan Venezuela.

Rakaman video kamera pengawasan kelihatan menunjukkan pengawal meninggalkan tahanan dikunci di dalam ketika api merebak dan asap memenuhi bilik.

Pusat tahanan itu kini ditutup, kata Menteri Keselamatan Rosa Icela Rodriguez.

Presiden Andres Manuel Lopez Obrador ke Ciudad Juarez pada Jumaat untuk melawat mangsa yang cedera.

Beberapa mangsa masih dalam keadaan serius dan ada yang bergantung dengan mesin ventilator , kata Hospital Besar Ciudad Juarez.

BERITA LAIN

Thailand serah surat rasmi sertai BRICS

BANGKOK: Thailand secara rasmi telah menghantar surat hasrat untuk menyertai organisasi antara kerajaan yang terdiri daripada Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan, yang dikenali dengan

BERITA TERBARU