Resepi DEBM menyakiti hati dari menantu yang tersakiti

Miliki 1.24 gram ganja, penganggur didenda

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Gambar hiasan
Foto fail

KUCHING: Seorang penganggur lelaki dijatuhi hukuman denda RM2,200 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana memiliki 1.24 gram ganja.

Tertuduh Jamaluddin, 31, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Fatimah Azura Wan Ali.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memiliki bahan terlarang itu sebuah rumah tidak bernombor Kampung Bintawa Ulu, sekitar jam 11.35 malam, 26 Julai lepas.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952, jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurut fakta kes, sepasukan polis telah menahan seorang lelaki di hadapan sebuah rumah di Kampung Bintawa Ulu kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Hasil pemeriksaan pada badan tertuduh menemui dua paket lutsinar berisi daun kering yang dipercayai dadah jenis ganja dan Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan bahawa ia ganja seberat 1.24 gram.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

24 Mac 2023

Berita Terbaru

Bali rai Hari Nyepi

BALI: Pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali kelihatan sunyi kerana penduduk