Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Miliki 1.99 gram dadah, lelaki dipenjara enam bulan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Seorang lelaki berusia 55 tahun dijatuhi hukuman denda RM4,800 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan memiliki dadah jenis Methamphetamine seberat 1.99 gram, Mac lalu.

Tertuduh Eng Yong Kwang, 55, mengaku bersalah selepas satu pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Zaiton Anuar.

Menurut fakta kes, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPK Sarawak telah menahan seorang lelaki tempatan di sebuah garaj kereta di Lorong Bayor, Tabuan Jaya kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Hasil pemeriksaan terhadap tubuh suspek menjumpai satu paket plastik lutsinar berisi ketulan-ketulan kristal yang disyaki dadah jenis syabu yang digenggam olehnya dengan berat kasar 2.99 gram.

Hasil siasatan mendapati tertuduh memiliki dadah jenis Methamphetamine seberat 1.99 gram dan tertuduh juga didapati terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa ASP Hisyam Junaidi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru