Banjir kilat di sekitar Bandar Raya Kuching

Miliki dadah 30.6 gram, lelaki mengaku tidak bersalah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Gambar hiasan

KUCHING: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan memiliki dadah seberat 30.6 gram.

Tertuduh Chong Cin Fah, 32, membuat pengakuan itu dan memohon dibicarakan ketika pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Zubaidah Sharkawi.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di Terminal Bas Kuching Sentral, sekitar jam 6.05 petang, 5 Julai lalu.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (3) Akta yang sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya jika disabit bersalah.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,500 dengan dua penjamin tempatan.

Mahkamah juga menetapkan tarikh lanjutan kes kepada 27 Oktober depan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Raya Eugene Pinus manakala tertuduh diwakili Peguam Roger Chin.

E-Paper

19 Mac 2023

Latest News