Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Miliki dadah, lelaki dipenjara lapan bulan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Gambar hiasan

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana memiliki dadah jenis Methamphetamine seberat 0.38 gram, Oktober lepas.

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali menjatuhkan hukuman terhadap Mohd Azmil Ikhwan selepas satu pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapannya.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap, iaitu pada 3 Oktober lalu.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memiliki dadah terlarang itu di tepi tangga sebelah kedai telefon di Taman Matang Jaya, sekitar jam 12.50 petang, 3 Oktober lalu.

Oleh itu, tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta yang sama.

Sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurut fakta kes, semasa kejadian, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Kuching telah menahan seorang lelaki di tepi tangga bersebelahan kedai telefon kerana disyaki terlibat aktiviti dadah.

Hasil pemeriksaan ke atas badan tertuduh menjumpai satu paket lutsinar berisi ketulan kristal dipercayai dadah jenis syabu di dalam poket seluar tertuduh.

Hasil siasatan dan laporan kimia mendapati barang tersebut merupakan dadah jenis syabu dengan berat kasar 0.38 gram.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan