HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Miliki enam keping tembaga, lelaki didenda RM500

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Gambar hiasan

KUCHING: Seorang penganggur lelaki dijatuhi hukuman denda RM500 atau penjara 10 hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana memiliki enam keping tembaga tanpa alasan munasabah.

Rabuan Bustan, 33, dari Kampung Santubong mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 37 (1) Ordinan Kesalahan Kecil Sarawak 1958 yang dibacakan di hadapan Majistret Zaiton Anuar.

Mengikut pertuduhan, dia memiliki tembaga berkenaan tanpa alasan munasabah ketika ditanya pihak polis dalam satu rondaan keselamatan, di tepi Jalan Sultan Tengah, sekitar jam 8.46 malam, 22 Februari lalu.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga tiga bulan atau denda RM500.

Gambar hiasan

Menurut fakta kes, lebih kurang jam 8.05 malam pengadu merupakan pengawal keselamatan di sebuah pusat golf melihat kelibat seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan menaiki sebuah motosikal membawa muatan besi dalam karung guni.

Selepas itu, pengadu membuat pemeriksaan ke kawasan sub stesen Sesco mendapati peralatan sambungan elektrik telah dileraikan. Anggaran kerugian yang dialami sekitar RM2,000.

Pengadu kemudian membuat datang ke balai polis berdekatan untuk tindakan dan siasatan.

Pada hari yang sama, sekitar jam 8.46 malam, di hadapan sebuah Makam Sultan Tengah, tertuduh berjaya ditangkap oleh pihak polis serta membuat rampasan barang seperti enam batang logam tembaga, sebuah motosikal dan dua unit spanar.

Hasil siasatan, tertuduh mengaku sendiri telah mengambil enam keping tembaga yang diserahkan sendiri olehnya tetapi gagal memberikan alasan munasabah bagaimana dia memperoleh logam terbabit.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

30 Mac 2023

Berita Terbaru