Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Miliki motosikal curi, lelaki dipenjara enam bulan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Gambar hiasan
Gambar hiasan

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret kerana menyimpan sebuah motosikal curi jenis Yamaha di hadapan sebuah pasar raya di Yoshi Square, November lalu.

Tertuduh Mohd Sharizam Zulkipli, 26,  mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Zaiton Anuar.

Menurut kertas pertuduhan, dia didakwa menyimpan harta curi sebuah motosikal Yamaha milik mangsa lelaki berusia 28 tahun.

Dia memiliki barang curi itu di hadapan sebuah pasar raya di Yoshi Square, Jalan Simen Raya, kira-kira jam 10 malam, pada 8 November lalu.

Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun dan boleh dikenakan denda.

Mahkamah menetapkan tertuduh mula menjalani hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tangkap 8 November lalu.

Menurut fakta kes, pada 24 September lalu, pengadu melaporkan kepada pihak polis motosikal miliknya yang diletakkan di hadapan sebuah bangunan di MJC, Batu Kawa hilang dicuri orang.

Pada 8 November lalu, sepasukan polis dari pasukan Cat IPD Kuching telah menahan seorang lelaki bersama sebuah motosikal dalam keadaan mencurigakan.

Semasa pemeriksaan, motosikal yang digunakan oleh tertuduh adalah dilaporkan hilang pada September lalu.

Oleh itu, tertuduh telah melakukan kesalahan kerana menyimpan sebuah motosikal curi.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa ASP Rogayah Rosli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News