ARTIKEL

Miliki senjata tajam, remaja 19 tahun diperintah ke Henry Gurney 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Henry Gurney: tertuduh (baju Nike hitam) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen 3 hari ini, oleh anggota polis)

KUCHING: Seorang remaja lelaki diperintahkan untuk ke Sekolah Henry Gurney sehingga berusia 21 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana memiliki senjata tajam tanpa maksud sah di tempat awam pada Ogos lepas.

Hakim Musli Abdul Hamid memerintahkan demikian terhadap pesalah muda berusia 19 tahun itu selepas mengaku bersalah dan mendengar laporan sosial hari ini.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memiliki senjata tajam tanpa maksud sah di hadapan sebuah kedai runcit Taman Malihah, kira-kira jam 7.30 malam, 27 Ogos lalu.

Oleh itu, tertuduh Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, yang membawa hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih 10 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes, pengadu menerima panggilan telefon daripada adik perempuannya bahawa adik lelaki mereka dibawa ke hospital kerana mengalami kecederaan di bahagian dada selepas ditikam oleh seorang lelaki yang dikenali menggunakan senjata tajam.

Kejadian tersebut berlaku di sebuah kedai runcit di Taman Malihah sekitar jam 7.30 malam, 27 Ogos lalu.

Akibat kejadian itu, pengadu membuat laporan polis untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Pada 28 Ogos, sekitar jam 8 malam, tertuduh berjaya ditangkap oleh pihak polis dan dibawa ke Balai Polis Kota Sentosa untuk siasatan ekoran satu laporan kes mencederakan orang.

Turut dirampas, seunit besi senjata tajam yang telah diubah suai.

Hasil siasatan mendapati tertuduh telah melakukan kesalahan kerana memiliki senjata tajam berbentuk kerambit di tempat awam tanpa maksud sah.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Norshafatihah Nor Azmi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU