ARTIKEL

Minggu Literasi Media dan Maklumat 2023 bermula 24 Oktober ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Pustaka Negeri Sarawak akan menganjurkan Program Minggu Literasi Media dan Maklumat 2023 pada 24 hingga 31 Oktober ini bagi menyokong sambutan Minggu Literasi Media dan Maklumat Global anjuran United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO).

Pustaka dalam satu kenyataan semalam turut memberitahu, acara tersebut juga diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran literasi media dan maklumat dalam kalangan masyarakat.

“Ia sekali gus membolehkan setiap individu mempunyai kemampuan cara untuk mengakses, menilai dan menggunakan maklumat dengan kaedah yang betul dan tepat.

“Pada masa sama, ini juga merupakan inisiatif kita untuk menyokong pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan masyarakat,” katanya, hari ini.

Mengulas lanjut, Pustaka mendedahkan bahawa program yang memasuki edisi keempat ini mendapat sokongan daripada ADUN Batu Kitang Lo Khere Chiang.

“Justeru, kita juga mengharapkan sokongan orang ramai untuk bersama-sama hadir menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan secara percuma,” ujarnya ringkas.

Sementara, program yang bakal berlangsung akan menyajikan pelbagai aktiviti berkaitan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam membantu peserta meningkatkan kemahiran literasi agar lebih cakna dalam pencarian maklumat yang tepat.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan pegawai berkaitan Edison Ricket (edisonr@sarawak.gov.my) atau Nurfatini Apandi (nurfatini@sarawak.gov.my) di talian 082-374000.

LAIN-LAIN BERITA

Kebajikan golongan OKU terus diperjuangkan

MIRI: Kebajikan serta sokongan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) akan terus diperjuangkan bagi memastikan mereka mempunyai peluang dan hak yang sama rata dalam kalangan

BERITA TERBARU

Fahmi ulang jaminan keselamatan sistem PADU

Kerajaan mengulangi jaminan terhadap keselamatan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) susulan dakwaan sistem yang mengumpulkan data peribadi rakyat Malaysia itu digodam. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil