ARTIKEL

Minggu Solidariti Palestin raih kutipan dana RM9.2 juta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Dana Kemanusiaan Palestin berjumlah RM9.2 juta berjaya dikutip sepanjang pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin bermula 29 Oktober hingga 3 November lepas melibatkan penyertaan ribuan institusi pendidikan di bawah KPM seluruh negara.

KPM dalam kenyataan memaklumkan, Minggu Solidariti Palestin diadakan bertujuan mendidik murid dan warga KPM tentang nilai manusiawi yang turut merangkumi hak asasi manusia, keamanan dan sifat ihsan.

Cek cura Dana Kemanusiaan Palestin itu diserahkan kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek oleh Ketua Setiausaha KPM, Datuk Nik Nasarudin Mohd Zawawi pada Himpunan Solidariti Keamanan Sejagat yang merupakan aktiviti kemuncak dan penutup Minggu Solidariti Palestin di Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya, Jumaat lepas.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU