ARTIKEL

MINI GIG tampil lagu bahasa etnik sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

GODOWN Amphitheatre, Tebingan Kuching dimeriahkan dengan penganjuran Mini Gig Bersama Artis dan Band Tempatan Sarawak pada 18 November ini.

Acara tersebut anjuran produksi Star Audio One dengan kerjasama Majlis Seni Sarawak (MSS) dalam usaha memartabatkan lagu dialek tempatan.

Acara tersebut menampilkan nyanyian pelbagai bahasa di negeri ini seperti dialek Melayu Sarawak, Iban, Bidayuh dan Melanau.

Pengurus Star Audio One, Abd Halim Mostapha berkata, acara tersebut bertujuan memperkenalkan penyanyi pelbagai kaum di khalayak umum serta mempopularkan lagu etnik moden di negeri ini.

“Acara ini menjadi platform yang tepat dalam menyampaikan nyanyian serta persembahan alat muzik moden dan tradisional secara terbuka,” katanya kepada Suara Sarawak.

 Di samping itu, ujarnya persembahan nyanyian tersebut diharapkan mampu memberi impak positif kepada masyarakat dan industri pelancongan di Sarawak. 

Menurut Halim, acara seni ini memberi peluang kepada pemuzik tempatan mempromosi single dan album mereka. 

Katanya ia dapat memperkasa karya lagu komposer tempatan agar setanding dan boleh berdaya saing dengan industri muzik sedia ada.

 “Inilah peluang mempromosi lagu, album, komposer dan penulis lirik lagu kita,” jelasnya. 

Barisan artis dan pemuzik tempatan yang menghiasi acara pada malam tersebut ialah The Family Man, Hornbill Familia Modern Etnik Band, Miey Sanisha, Sofuan Yusuf, Pretty Nina, Nick Gee, Knowno, Hasalizar, Hamdy, Sarah, DJ Muz Rock dan DJ Reeynaz. Masuk adalah percuma dengan orang ramai dialualukan hadir.

LAIN-LAIN BERITA

Daiyan Trisha, Hun Haqeem curi perhatian

PERKONGSIAN selebriti, Daiyan Trisha dan Hun Haqeem di media sosial mencuri perhatian rakan selebriti dan peminat.  Daiyan, menerusi video yang dimuat naik di Instagram dilihat

Raffi Ahmad takut meninggal dunia pada usia muda

PELAKON, Raffi Ahmad menerusi temu bual sebuah program audio siar di saluran YouTube, meluahkan rasa bimbang sekiranya dirinya meninggal dunia pada usia muda seperti Allahyarham

Tom Cruise akhirnya berpisah dengan model Rusia

Pelakon Tom Cruise, 61, dilaporkan berpisah dengan model Rusia, Elsina Khayrova, 36. Meskipun sudah berakhir, hubungan biasa kedua-duanya masih baik meskipun tidak semesra dahulu. Sebelum

Lee Dong Wook kenang kisah lama

MENERUSKAN kerjaya di tengah-tengah persaingan sengit dalam industri hiburan Korea Selatan bukanlah perkara mudah bagi artis baharu, termasuk Lee Dong Wook.  Dong Wook berkongsi pengalaman

Song Hye Kyo biarawati Dark Nuns

Pelakon Korea Selatan, Song Hye Kyo kembali ke dunia lakonan dengan membintangi fi lem Dark Nuns.  Selain Hye Kyo, terdapat bintang lain seperti Vincenzo Jeon

Stylo Fest 23 hingga 25 Februari

STYLO FEST diadakan di Penview Convention Centre (PCC) Demak, Kuching bermula 10 pagi hingga 12 tengah malam pada 23 hingga 25 Februari ini. Acara ini

BERITA TERBARU

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim