ARTIKEL

LAWAT…Rubiah turun padang ke tapak Mini Karnival Usahawan Desa Halaman Samarahan.

Mini Karnival Usahawan Desa Samarahan dijangka tarik lebih 30,000 pengunjung

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KOTA SAMARAHAN: Kira-kira 100 orang usahawan terpilih dari seluruh pelosok Sarawak menyertai Program Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) Samarahan yang berlangsung selama empat hari.

Menjadikan Kota Samarahan sebagai lokasi pertama penganjuran tahun ini, program itu menyaksikan pelbagai reruai pameran dan jualan dijalankan bermula hari ini.

BERCAKAP…Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Rubiah Wang.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Rubiah Wang berkata, program dijangka mampu menarik seramai 30,000 pengunjung dengan sasaran hasil jualan mencecah sebanyak RM300,000.

“Kita tidak boleh memberi sasaran terlalu tinggi kerana produk kebanyakan terdiri daripada produk luar bandar seperti makanan, minuman dan barangan lain.

“Apa yang penting ialah kita mahu memberikan motivasi, pengalaman, pendedahan kepada usahawan-usahawan supaya mereka mengembangkan perniagaan dalam usaha kita meningkatkan sekuriti produk negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan tinjauan persiapan di pekarangan Mini KUD di Halaman Samarahan, hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau percaya penganjuran KUD mampu menarik minat masyarakat tempatan khususnya golongan luar bandar yang berpotensi untuk terlibat dalam bidang keusahawan.

Baca lain  Program Jualan Rahmah Bergerak pada bulan Ramadan membawa keberkatan menjelang Aidilfitri

Di samping itu katanya, memberikan pendedahan secara langsung kepada masyarakat tentang ilmu perniagaan menerusi perkongsian usahawan jemputan yang telah berjaya melebarkan perniagaan sehingga mencapai hasil RM1 juta setahun.

Untuk rekod, Rubiah mendedahkan tahun lalu program KUD utama yang dilangsungkan selama lima hari di Putrajaya berjaya mencecah keuntungan sebanyak RM10 juta.

Setakat hari ini katanya, seramai 1,150 usahawan telah mengemukakan permohonan daripada 5,917 jumlah akaun berdaftar dalam sistem RBC 2.0 atas talian.

BERITA LAIN

Lebih ramai profesional perubatan diperlukan

KUCHING: Lebih ramai profesional dalam bidang perubatan diperlukan seiring dengan pemilihan Hospital Umum Sarawak (HUS) oleh syarikat terkemuka, Roche Pharmaceuticals, sebagai tapak untuk ujian klinikal

SUKMA XXI 2024: SABA sasar juara keseluruhan

KUCHING: Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA) berazam untuk muncul juara keseluruhan acara tinju pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024, dkanengan meletak sasaran untuk

BERITA TERBARU

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,