Trending

Mini regata hidupkan kembali Sungai Matu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

MATU: Sungai Matu yang sebelum ini sunyi selepas daerah itu menikmati kemudahan jalan raya, hari ini kembali hidup dengan penganjuran Mini Regata Matu 2023.

Acara perlumbaan perahu bida itu sekali gus menjadi penarik kehadiran pengunjung dan menambah kemeriahan tebingan sungai tersebut.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Integriti dan Ombudsman, Datuk Dr Juanda Jaya berkata, walaupun pelumbaan perahu bidar itu diadakan secara kecil -kecilan namun, sambutannya amat menggalakkan.

Malah katanya, buat pertama kalinya penganjur menyediakan piala pusingan yang menjadi simbolik penganjurannya sebagai acara tahunan pada masa akan datang.

“Ini merupakan salah satu inisiatif untuk mempromosikan keunikan Matu kepada pengunjung luar. Di samping memberi peluang kepada pengunjung melihat sendiri aktiviti kemasyarakatan di daerah ini.

“Pada masa yang sama, kita juga mahu menyediakan ruang dan peluang ekonomi kepada penjaja kecil,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Pegawai Daerah Matu Wan Hipni Wan Mohamad, berkata, pada edisi kali ini, Pesta Matu menyenaraikan sekurang-kurangnya 18 acara termasuk perlumbaan perahu bidar.

“Pada tahun ini juga kita menyediakan sebanyak 107 gerai jualan dengan 70 peratus dalam kalangan mereka adalah peniaga tempatan manakala selebihnya dari luar daerah ini,”katanya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru