Trending

Minimumkan kos operasi

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

BETONG: Tabung Haji boleh meminimumkan kos operasi dengan pelbagai langkah tanpa mengurangkan atau memotong subsidi kepada golongan berpendapatan tinggi (T20).

Mantan Pensyarah Bidang Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM Sarawak Dr Saudi Narani berkata, kos atau kadar subsidi harus sama rata.

“Bagi saya, kos untuk menunaikan haji harus sama rata supaya nampak keadilan untuk semua golongan dalam sistem pentadbiran baharu Kerajaan Perpaduan.

“Tidak adil jika kerajaan tidak memberikan subsidi kepada golongan T20 kerana walaupun pendapatan mereka nampak besar, namun masih perlu membayar komitmen lain dan untuk kelangsungan hidup.

“Misalnya cukai, menyara anakanak bersekolah dan selalunya diketepikan dalam pemberian kemudahan kerajaan,” katanya tentang golongan T20 perlu membayar kos penuh untuk menunaikan haji, semalam.

Kata Dr Saudi, tiada beza golongan T20 dengan kelompok berpendapatan sederhana (M40) dan kadang-kadang golongan berpendapatan rendah (B40) kehidupan mereka lebih selesa apabila anak-anak sudah berjaya dan dapat membantu menambah kewangan untuk menunaikan haji atau umrah.

Jelasnya, jika Tabung Haji mahu melakukan penjimatan, mereka boleh meminimumkan kos operasi dengan mengoptimumkan output pekerja, mengurangkan kerja bertindih dan mengunakan sepenuhnya kemudahan teknologi maklumat (IT), Kecerdasan Buatan (AI) dan seumpamanya dalam operasi dan penyelenggaraan.

Menyentuh pengkategorian T20, M40, dan B40 dalam pengagihan bantuan tidak semestinya telus dan betul.

“Kerajaan harus melihat kes bantuan ini dengan lebih subjektif.

“Sewajarnya pemberian subsidi atau bantuan harus melihat kes demi kes untuk menjadikan keputusan lebih adil dan saksama,” tambahnya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru