ARTIKEL

Lee Kim Shin menunjukkan statistik kes kemalangan jalan raya yang berlaku sepanjang tempoh Januari hingga Mac tahun ini

Miri catat 871 kes kemalangan dalam tiga bulan yang lepas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Miri mencatatkan sebanyak 871 jumlah kes kemalangan jalan raya sepanjang tempoh tiga bulan iaitu dari Januari hingga Mac tahun ini.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin berkata, daripada keseluruhan jumlah kes kemalangan jalan raya yang berlaku di Miri, 15 daripadanya adalah melibatkan kemalangan maut.

“Saya difahamkan oleh pihak polis bahawa enam kes yang melibatkan kemalangan maut adalah berlaku di Jalan Miri-Bintulu.

“Manakala, selebihnya pula adalah berlaku di Jalan Persisiran dan juga di jalan raya di sekitar bandar raya Miri ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya di Bahagian Miri Sempena Sambutan Perayaan, di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga mendedahkan bahawa melalui statistik yang telah dinyatakan, terdapat beberapa punca atau faktor yang menyumbang kepada berlakunya kemalangan jalan raya.

“Antaranya adalah kelalaian dan kecuaian pemandu itu sendiri, pertambahan jumlah kenderaan yang berada di atas jalan raya, dan faktor cuaca, jalan dan bentuk muka bumi.

“Menyedari hal tersebut, pihak Kementerian Pengangkutan (MOT) telah melaksanakan kempen seperti ini kerana keselamatan para pengguna jalan raya khususnya semasa musim perayaan amat dititikberatkan.

“Pihak kerajaan juga sentiasa memastikan agar pengguna jalan raya sentiasa diberikan pendidikan mengenai pentingnya mematuhi peraturan jalan raya dan menyemai sikap mengamalkan pemanduan berhemah sepanjang masa,” jelasnya.

Pada masa sama, beliau juga menasihati serta menyeru agar semua pengguna jalan raya sentiasa mengambil langkah keselamatan semasa perjalanan pulang ke kampung halaman.

Katanya, ini adalah termasuk menggunakan alat keselamatan seperti topi keledar yang telah diluluskan pihak berkuasa dan sentiasa memasangkan tali pinggang keledar untuk pemandu kereta.

Lee Kim Shin menyerah serta memasangkan topi keledar terhadap salah seorang pembonceng motosikal
Lee Kim Shin memberikan sumbangan daripada pihak Shell kepada pengguna jalan raya

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)